Monday 23 May 2011

SYIAH – PENGKHIANATAN SEPANJANG ZAMAN

Kita sering mendengar terdapat usaha-usaha untuk merapatkan jurang perbezaan antara ahli Sunnah wal Jamaah dengan pengikut-pengikut Syiah. Ini timbul dari pemikiran bahawa umat Islam hendaklah bersatu dan janganlah berpecah belah dan terpancar sinar kemurnian hasrat tersebut. Barangkali ada kalangan umat Islam yang tidak ambil peduli langsung terhadap permasalahan ini bahkan tidak keterlaluan bahawa mereka tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu. Justeru maka berlakulah fenomena  sebagaimana cerita ‘the boiling frog’ yakni satu cerita perumpamaan di mana seekor katak direbus secara perlahan-lahan. Premisnya adalah sekira katak tersebut diletak dalam bekas air panas, ia akan segera melompat keluar. Tetapi sekiranya diletak dalam bekas yang diisi air sejuk dan dipanaskan secara perlahan-lahan, katak tersebut tidak menjangkakan bahaya  sehinggalah akhirnya katak tersebut mati direbus hidup-hidup. Cerita ini boleh digunakan sebagai ‘metaphor’ di mana berlaku ketidakupayaan individu untuk memberi reaksi terhadap perubahan yang signifikan yang berlaku secara terancang. Justeru adalah wajar bagi kita mengenali siapakah Syiah? Apakah masalah utama golongan Syiah ini? Apakah bahaya yang dibawa oleh ajaran Syiah? Apakah ajaran Syiah menepati risalah tauhid yang dibawa oleh Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam? Selepas tahu hakikat ini, insyaAllah kita TIDAK LAGI AKAN BERKATA “Buat apa la, dok kelahi dengan Syiah, kan depa pun orang Islam” atau “Syiah Iran inilah merupakan satu-satunya negara Islam yang lantang dan berani mencabar kekuasaan adi jagat atau polis dunia iaitu Amerika Syarikat manakala negara-negara Islam yang lain begitu pengecut dan hanya mengikut telunjuk Amerika Syarikat” atau “ Syiah ni bagus sebab sayang sangat kepada ahlul bait dan paling best dapat nikah mutaah”.

Sebagai mukaddimah tentang Syiah, saya ingin mengutarakan perbezaan di antara ahli Sunnah wal Jamaah dengan Syiah dari sudut aqidah. Ini penting kerana terdapat penyelewengan aqidah yang jelas dalam Syiah.  Aspek penyelewengan ini adalah terlalu panjang sehingga dapat dijadikan satu topik yang tersendiri, namun dalam ruang yang terhad ini ringkasan penyelewengan Syiah adalah seperti:

a.    Mengagungkan Saidina Ali R.A dan Ahlul Bait. Abdullah bin Sabaq adalah seorang Yahudi yang merupakan pengasas Syiah, telah menganjurkan satu taktik memusnahkan agama Islam dengan memberi sokongan yang melampaui batas. Sedangkan di masa hayat Saidina Ali R.A sendiri, beliau mengkafirkan Abdullah bin Sabaq dan dihalau keluar dari Madinah. Namun dakyah  Abdullah bin Sabaq telah berjaya di Iraq dan Iran lantas munculnya fahaman Syiah yang berkembang biak terutama selepas pemerintahan empat khulafah arrasyidin yang bersifat gunting dalam lipatan dan sokong membawa rebah serta membawa agenda jahat untuk memusnahkan Islam. Mereka lantang mengkafirkan Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umar R.A, Saidina Uthman R.A dan hatta isteri-isteri Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam sendiri yakni Umurulmukminin Saidatina Aisyah R.A dan Saidatina Habsyah R.A. Natijahnya adalah sahabat-sahabat tersebut merupakan pengumpul naskhah alQuran manakala Umurulmukminin Saidatina Aisyah R.A adalah merupakan sumber hadith. Inilah jarum-jarum halus bagi menimbulkan keraguan terhadap sahabat-sahabat dan Umurulmukminin dan seterusnya menolak alQuran dan alHadith!

     b.    Penyelewengan alQuran dan hadith. Antara pencabulan mereka terhadap kitab suci alQuran  adalah di mana mereka mencipta alQuran khas secara tersembunyi seperti mengadakan surah al Wilayah dan kitab hadith mereka adalah al Kaafi yang dianggap setaraf dengan Sahih Bukhari di sisi ahli Sunnah wal Jamaah. Jelas mereka adalah anti Quran dan anti hadith yang berasaskan manhaj Salafus Soleh.

     c.    Konsep Imam 12 sebagai satu rukun kepada Rukun Iman. Menyatakan       mertabat imam-imam mereka lebih tinggi daripada mertabat Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam kerana boleh membatalkan syariat.
 
      d.    Konsep Taqiyyah. Bahawa seseorang itu menunjukkan sikap yang lain daripada       yang terpendam di dalam hatinya kerana bimbang akan ditimpa bala  bencana. Bagi ahli  Sunnah wal Jamaah, setiap orang Islam tidak boleh menipu sama ada dengan perkataannya atau dengan sikap lahirnya yang nampak dilihat kecuali darurat. Bagi golongan Syiah, tipu mustahak itu adalah satu perkara yang wajib diberi keutamaan sebab Mazhab Syiah tidak dapat ditegakkan melainkan melalui kaedah tipu muslihat.

     e.    Menghalalkan perzinaan dan pelacuran. Mereka menghalalkan perzinaan dan    pelacuran melalui nikah mutaah atau nikah kontrak. Kaedah ini tidak mempunyai  konsep pertanggungjawaban kekeluargaan dan menghina golongan wanita yang dijadikan sebagai barang dagangan serta mencacatkan nasab kekeluargaan. Sekiranya masyarakat Barat mengamalkan ‘free sex’ di atas dasar rasional pemikiran tetapi kedurjanaan golongan Syiah adalah kerana mereka menghalalkan perzinaan dan pelacuran atas dasar agama!

Cuba perhatikan apakah persamaan Syiah dengan Yahudi. Pertama, Abdullah bin   Sabaq iaitu pelopor Syiah adalah seorang Yahudi. Kedua, Konsep Taqiyyah (menipu) yang diwajibkan adalah mempunyai kaitan dengan agama Judaism. Ketiga, Syiah memulakan revolusi, Perang Siffin dan Revolusi Iran adalah cara-cara atau modus operandi Yahudi.

Sesungguhnya pengkhianatan Syiah mempunyai rentetan sejarah yang sangat panjang sejak awal zaman kewujudan Islam lagi dan berterusan sehingga ke saat ini sebagaimana pergolakan yang berlaku di Timur Tengah sekarang adalah hasil tangan-tangan mereka. Alhamdulillah kerajaan Malaysia telah memahami bahawa Syiah merupakan satu isu keselamatan negara yang wajib dibenteras dari berakar umbi. Namun awas semasa berinteraksi dengan golongan Syiah ini kerana mereka akan tetap mengamalkan Taqiyyah (penipuan). Apa yang pasti ‘Taqiyyah On’ bila golongan Syiah berdepan dengan kita secara mengiyakan ajaran Islam yang difahami kebanyakan orang. Sebaliknya ‘Taqiyyah Off’ bila mereka berada jauh daripada kita dengan mencerca sahabat-sahabat Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam dan bersekongkol dengan Yahudi untuk memusnahkan Islam. InsyaAllah, siri-siri pengkhianatan Syiah akan dibongkarkan pada posting-posting yang akan datang. Wallahu a’lam.


Saturday 14 May 2011

HALALKAH REVOLUSI DAN DEMONSTRASI MENENTANG PEMERINTAH? BHG AKHIR

Peristiwa yang telah dan sedang berlaku di hadapan mata kita tidak berapa lama dulu perlu diteliti dengan cermat. Berapa banyak negara-negara Islam yang telah hancur sistem kenegaraannya akibat revolusi dan pemberontakan kerana termakan dengan slogan-slogan keadilan, kebebasan dan kesamarataan. Rakyat jelata disogok dengan propaganda-propaganda menentang kerajaan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang dibiayai oleh dana-dana asing. Kedudukan mereka tidak lebih ibarat “keluar daripada mulut harimau dan masuk ke mulut buaya”, walaupun bertukar pemerintah namun kedudukan mereka bukanlah bertambah baik kerana kedua-dua pihak sama ada berstatus pemerintah atau rakyat tidak mematuhi kaedah kenegaraan yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah. Apatah lagi kuffar Nasara dan Yahudi secara sembunyi akan menaja pemerintah-pemerintah boneka untuk terus menguasai  dan menghancur umat Islam demi kepentingan mereka. Sebagaimana yang dapat kita saksikan pada hari ini di mana sistem politik, ekonomi dan sosial Iraq telah hancur dan ianya tidaklah lebih baik daripada keadaan semasa zaman Saddam Hussein. Pembunuhan dan penyembelihan ulamak-ulamak Sunni dan rakyat yang tidak berdosa di Iraq makin menjadi-jadi tetapi tidak diketahui ramai kerana ditutup rapi oleh media antarabangsa. Begitulah juga dengan keadaan di Afghanistan  yang lebih teruk berbanding dengan zaman Raja Daud. Inilah hasil revolusi, inilah hasil reformasi. Nasi sudah menjadi bubur…umat Islam seumpama menjadi bidak-bidak catur. Nasib yang sama akan menimpa Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Bahrain dan Syria. Inilah ‘Grand Design’ yang telah dirancang sekian lama yakni pemberontakan atas nama demokrasi di negara-negara tersebut yang didalangi oleh puak-puak Syiah yang bekerjasama di belakang tabir dengan Yahudi dan Pemodal Elit Antarabangsa. Apa yang pasti Syiah menghalalkan darah Sunni dan Syiah yang agresif ingin mengusir Syiah yang pasif (Libya diterajui oleh Syiah Fatimiyyah)  atau untuk mempercepatkan lagi agenda mereka untuk menguasai Jazirah Arab dalam rancangan jahat mereka untuk menakluk bumi Mekah dan Madinah.

Jadikanlah peristiwa-peristiwa ini sebagai ibrah atau pengajaran kepada kita rakyat Malaysia. Renungkanlah pesanan Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam Ku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang budak. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalanku, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Kerana itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnahnya al Khulafa’ ar Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan dengan gigi geraham kalian. Dan hati-hati kalian dari perkara-perkara baru, kerana setiap perkara baru (bid‘ah) itu sesat.” (Hadis Riwayat. Abu Daud No. 3991). Dalam konteks ini umat Islam perlu menjauhi kumpulan penentang dalam bentuk Khawarij moden yang menganjurkan penentangan dan pertumpahan darah. Orang-orang Melayu dan orang-orang Islam perlu menyedari hakikat ini dan jangan terikut-terikut dengan kumpulan-kumpulan penentang menyebabkan perpaduan dan kuasa politik Melayu akan berkecai. Tidak ada ‘short cut’ dan formula utamanya adalah untuk kita kembali mempelajari dan berittiba’ dengan manhaj Salafus Soleh terutama mengenai aqidah yang haq sebagaimana yang diajar oleh Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam. Setelah itu jadikan ianya  ‘as a way of our life’ dan dipraktik secara menyeluruh dengan mengasingkan dan membezakan di antara perkara yang haq dan perkara yang batil. Natijahnya adalah akan terhasillah generasi yang bertakwa dan bumi yang makmur serta akan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala. Tentunya setelah mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata'ala, maka segala pertolonganNya akan sampai apabila semua syarat-syarat telah dipatuhi. Di situlah kemuncak keunggulan manusia  yakni setelah mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala di mana dilimpahkan kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, tempat yang kekal buat selamanya.

Saturday 7 May 2011

HALALKAH REVOLUSI DAN DEMONSTRASI MENENTANG PEMERINTAH? BHG 3

Kembali kepada mauduk artikel ini, kita wajar memahami bahawa politik juga adalah sebahagian daripada segmen Islam dan wajib dilaksanakan berdasarkan syariat Islam. Justeru  Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dan beberapa hadis Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam yang menerangkan hubungan di antara pemerintah dengan rakyat dalam negara Islam;

1)          Firman Allah Subhanahu Wataala “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan kepada Ulil-Amri (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) RasulNya – jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih baik pula akibatnya” an-Nisa’: 59

2)         Ummu Salamah berkata, bahawa Rasulullah Sallallahi Alaihi Wassalam bersabda:

“Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa membencinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkarinya (bererti,) dia telah selamat. Akan tetapi barangsiapa yang meredhainya kejahatannya, akan mengikutinya”

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, Apakah tidak kita perangi saja mereka?” Baginda menjawab: “Jangan, selama mereka masih menegakkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim, 1854)

3)         “Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Berkata (Auf), kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang?” Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Sahih Muslim no.1482 Jilid 3 )

4)         “Nanti setelah aku akan ada seorang pemimpin yang tidak mendapat petunjukku (dalam ilmu, pent) dan tidak pula melaksanakan sunnahku (dalam amal, pent). Nanti akan ada di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati setan, namun jasadnya adalah jasad manusia.

Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku lakukan jika aku menemui zaman seperti itu?”

Baginda bersabda, ”Dengarlah dan ta’at kepada pemimpinmu, walaupun mereka menyiksa punggungmu dan mengambil hartamu. Tetaplah mendengar dan ta’at kepada mereka.” (HR. Muslim no. 1847. Lihat penjelasan hadits ini dalam Muroqotul Mafatih Syarh Misykah Al Mashobih, 15/343, Maktabah Syamilah)

5)         Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyeru kami (agar patuh dan taat), maka kami pun membaiatnya, dan baginda meminta dari kami adalah: Agar kami membaiatnya atas dasar mendengar dan taat dalam suka maupun duka, dalam keadaan susah ataupun senang dan dalam keadaan tidak kita sukai atau kita suka serta supaya kita tidak merampas kekuasaan dari ahlinya. Kemudian baginda bersabda: “Kecuali kamu melihat kekafiran yang telah nyata oleh kamu dengan pembuktian dari Allah Taala (dalil dari al-Quran yang membuktikan kekafirannya) (Syarah Muslim. Kitabul Imarah, bab Wujubu at-Taah al-Umara fi Ghairi Masiyah wa-Tahrimuha fi al-Masiyah. Oleh Imam Nawawi. Hadis Riwayat Muslim)

6)         “Ketahuilah! Sesiapa yang diperintah oleh seorang pemimpin kemudian dia mendapati pemimpinnya bermaksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci kemaksiatannya kepada Allah (yang dikerjakannya) tetapi tidak dihalalkan melepaskan tangan dari mentaatinya (tidak boleh membenci dan tidak boleh memberontak terhadapnya)” (Hadis Riwayat Muslim)

7)         “Dengar dan patuh walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi yang kepalanya seperti kismis” (Hadis Riwayat Bukhari)

Ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas menerangkan kewajipan untuk memberi ketaatan kepada pemerintah dan jauh sekali untuk melancarkan revolusi, memberontak atau reformasi untuk mengguling pemerintahan mereka. Namun hal ini sukar sangat dimengertikan sekiranya manusia menggunakan akal semata-mata. Ini disebabkan akal akan menolak sama sekali kerana akan berhujah di atas premis keadilan dan mempertahankan hak. Lalu apakah akan terjadi seterusnya? Adakah patut kita menolak ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih ini? Adakah kita akan mendahulukan akal berbanding dengan wahyu dan sunnah? Jawapannya tidak, kita tidak boleh mendahulukan akal dan wajib mematuhi sabda Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam. Bila berhadapan dengan pemerintah yang zalim, JIKA BERUPAYA kita hendaklah memberi nasihat dengan lemah lembut, dengan uslub yang bijaksana. PALING TIDAK sekiranya nasihat atau saranan kita tidak diterima kita maka hendaklah membenci perbuatan mungkar mereka itu walaupun itulah tanda selemah-lemah iman. Setelah berbuat demikian gugurlah kewajipan kita dalam hal ini dan selebihnya adalah kepunyaan dan urusan Allah Subhanahu Wataala untuk mengadili mereka.

Soal kezaliman, kemaksiatan dan kemungkaran mereka bakal diadili oleh Allah Subhanahu Wataala. Bukankah pernah dikhabarkan kepada kita bahawa sultan, raja, pemerintah dan penguasa yang zalim akan dicampakkan ke dalam neraka yang paling bawah. Namun akibat kedangkalan kita, akal masih tidak boleh terima dan hati terus memberontak serta mempersoalkan mengapa perlu dipatuhi pemerintah yang zalim di mana semangat penentangan akan berterusan. Maka kita akan terus mengatakan pemerintah itu zalim, korup, nepotisme, sahabat Zionis dan segala macam cercaan padahal kesemua itu adalah dalam pengetahuan Allah Subhanahu Wataala. Namun harus kita ingat soal kemungkaran pemerintah adalah satu hal dan itu menjadi urusan Allah Subhanahu Wataala manakala kewajipan untuk taat kepada pemerintah adalah satu hal yang lain di mana kita hendaklah memahami keperluan untuk beriman dengan al-Quran dan as-Sunnah. Kita bukanlah menyokong kemungkaran dan kemaksiatan mereka dan jauh sekali mempertahankan mereka tetapi kita sekadar dengar dan taat  serta beriman dengan perintah al-Quran dan hadis-hadis tadi iaitu tidak boleh menentang pemerintah. Justeru biarlah hanya Allah Subhanahu Wataala yang berurusan dengan pemerintah berkenaan dan mengapa harus kita mengingkari al-Quran dan hadis-hadis berhubung memberi ketaatan kepada pemerintah? Apakah kita mempunyai alasan yang cukup untuk tidak beriman dengan al-Quran dan hadis-hadis ini? Ketahuilah kita bahawa semua ini adalah ujian dan qada’ Allah Subhanahu Wataala yang mana sesuai dengan kebesaranNya. Selaku pencipta dan pemilik alam semesta ini, Dialah Yang Maha Mengetahui akan sesuatu yang dikehendakiNya. Cuma kita yang tidak tahu hikmahnya dan masih tidak mahu mengerti sunnatullah dan paling malang kita jadi manusia yang melanggar al-Quran dan as-Sunnah menyebabkan kita masuk ke dalam perangkap iblis laknatullah.

Monday 2 May 2011

OSAMA BIN LADEN - SATU MITOS

Seluruh dunia digemparkan dengan kematian  Osama Bin Laden akibat serangan tentera Amerika Syarikat pada hari Ahad lepas. Mayatnya dikatakan berada dalam pegangan tentera Amerika Syarikat. Sememangnya berita kematian beliau tidaklah mengejutkan kerana pengumuman sedemikian sering  dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat. Namun pada kali ini berita kematiannya nampak agak 'real'. Apapun Allah Subhanahu Wataala telah berfirman " Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasai mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan". Surah Al-Anbiyaa': 35. Justeru kematian seseorang anak Adam itu pasti tiba bila sampai saatnya.

Berita kematiannya diratapi oleh kebanyakan orang Islam bagi mereka yang menganggap beliau sebagai ikon Islam dalam menentang kekuasaan Amerika Syarikat. Adakah benar begitu? Hakikat sebenar tentang diri Osama Bin Laden ini perlu difahami dengan sewajarnya oleh seluruh umat Islam. Nama beliau timbul apabila dikaitkan dengan Peristiwa 11 September 2001. Dikatakan Osama sebagai perancang utama yang mengepalai sekumpulan pengganas untuk melakukan serangan ke atas World Trade Centre dan Pentagon. Walhal satu rahsia besar adalah Osama sendiri semata-mata merupakan alat propaganda Amerika Syarikat. Banyak kajian lanjut yang dibuat oleh individu dan NGO mendapati peristiwa serangan tersebut adalah diragui kerana berlawanan dengan logik akal sementelah tidak disokong oleh bukti secara saintifik. Bahkan dikatakan serangan tersebut dirancang oleh pihak Amerika Syarikat sendiri bagi memenuhi agenda sulit mereka. Kajian badan bebas mendapati serangan ke atas 3 sasaran serentak secara comprehensive adalah terlalu complicated untuk dilakukan oleh sekumpulan pengganas. Namun berita-berita seumpama ini didiamkan oleh media massa dunia milik individu-individu yang berpengaruh dan tidak disebarluas ke pelosok dunia.

Natijah kepada Peristiwa 11 September 2001 adalah Amerika Syarikat mengeksploitasikannya untuk menjarah negara-negara Islam, menghancur tamadun Islam, membunuh ribuan umat Islam yang tidak berdosa dengan alasan memerangi keganasan dimulai dengan serangan ke atas Iraq dan Afghanistan. Osama adalah trump card untuk kuffar menyembelih umat Islam kerana saban waktu dikhabarkan Osama berkata itu dan ini serta menunggu masa yang sesuai untuk bertindak yakni melancarkan serangan ke atas kepentingan Amerika Syarikat. Hampir 10 tahun berlalu tetapi Osama 'never strikes back' dan tidak ada 'happening'. Bahkan dalam masa yang sama terdapat maklumat yang mengatakan beliau sepanjang masa berada dalam keadaan sakit dan mendapat rawatan di sebuah negara Teluk serta dilindungi oleh tentera Amerika Syarikat! Sekarang sudah sampai watak Osama dimatikan secara rasmi kerana penaklukan Amerika Syarikat ke atas bumi Arab telah memasuki fasa kedua sebagaimana kekacauan yang dicetuskan di Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, Yaman dan Syria.

Kita boleh bercakap banyak perkara mengenai Osama secara serkap jarang sahaja kerana sukar untuk dibuktikan kerana melibatkan sebuah 'Grand Design' yang berdarjah 'Top Secret'. Namun berdasarkan modus operandi beliau dan dibuat perbandingan melalui perspektif Islam, ianya tidaklah terlalu rumit untuk difahami siapa sebenarnya Osama kerana,  pertama, cara bertindak beliau dan pengikutnya yang membunuh dan membunuh diri sendiri adalah bercirikan khawarij dan menjatuhkan imej Islam di mana beliau  telah ditolak oleh Arab Saudi, negaranya sendiri. Kedua, aktiviti beliau menjadikan orang ramai sebagai sasaran manakala ribuan rakyat yang tidak berdosa terbunuh oleh tentera Amerika dalam usaha untuk 'menangkap' Osama Bin Laden. Ketiga, menyelisihi  sirah Nabi dan Rasul kerana tidak membina kekuatan aqidah bagi pengikutnya terlebih dahulu bahkan kekuatan persenjataan kumpulannya adalah terlalu kecil  dalam usaha 'kononnya' hendak melawan kuasa besar. Keempat, beliau sebelum ini dikatakan pernah menjadi talibarut CIA. Justeru tiada apa-apa yang boleh umat Islam sandarkan lagi kepadanya kerana kisah Osama Bin Laden sebenarnya adalah sebuah mitos hasil karya Amerika Syarikat. Noktah.