Friday 24 June 2011

KOMENTAR DALAM MALAYSIAKINI

Saya ada membuat komentar mengenai perhimpunan Bersih dalam Malaysiakini pada 14 Jun 2011.

Abu Syahmi Abdullah pada 14hb Jun pukul 5.14 ptg

Hidup hendaklah dengan ilmu agama. Sebagai seorang Islam, cuba semak dan kaji mengenai kaedah demonstrasi ini berdasarkan al-Quran dan hadith-hadith yang sahih. Selepas itu rujuk dengan ulamak/ustaz yang muktabar dan non-partisan. Sememangnya demonstrasi adalah haram di sisi agama Islam dan ada kaedah yang dibenarkan Islam dalam berhadapan dengan penguasa. Ketahuilah sesungguhnya azab Allah SWT itu amat pedih.

Terdapat 5 responden yang identiti mereka saya namakan sebagai A,B,C, D, dan E. Mereka mengulas komentar saya tersebut seperti di bawah:

A · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak Balas · pada 14hb Jun pukul 6.14 ptg
abu syahmi abdullah?!, demonstrasi ditau pun haram?, tapi klu menyamun,merompak,menipu mempekosa harta rakyak, menipu masa pilihan raya membenarkan pendatang asing dapat ic untuk mengudi, rasuah pilihan raya, rasuah dan memfitenah org meliwat dn melucah, itu tidakah lebeh haram.klu hendak menesihatkan org cermin muka sendiri dulu

B · Pengulas Tertinggi · Xkolej· Balas · pada 14hb Jun pukul 6.17 ptg
ha3..abu syahmi belajar kitab mana ....belum habis lagi...pegi belajar...kesian, jahil bebenor.

C · CEO di Canaimas Sdn Bhd Balas · pada 14hb Jun pukul 7.08 ptg
hmmm dah biasa dgr statement ni...meh kita hurai lebih dalam lagi.Rasulullah SAW bersabda, jgn kau lihat siapa yg berkata, tetapi dgr apa yg dikata..jd nk tny dgn Abu Syahmi, selama ni ms org berkata-kata tanpa sebarang demonstrasi, adakah pihak pemerintah memandang serius kata2 tersebut? kenapa rakyat sekarang buat demonstrasi? jgn tunding jari pd yg buat demonstrasi, kt tgk pd diri kt dahulu, kalau kt pemerintah yg baik, adakah rakyat kita akn berdemonstrasi kepada kita? sbb salah lah rakyat buat..bl demonstrasi, rakyat berharap benda itu mendapat perhatian yg tgi dr kacamata pemimpin..
satu lagi kita pergi kpd sifat Allah SWT. IRADAT. berkehendak. sesungguhnya, kehendak pd manusia itu, adalah kehendak dari Allah SWT. maknanya terjadinya demonstrasi itu adalah atas kehendak Allah SWT. Jgn lihat rakyat yg slh terikut-ikut org demonstrasi dia nk demonstrasi juga..jgn pandang yg itu.. pandang mana slh aku sampai rakyat nk demonstrasi

D · Al-Azhar University · Reply · June 14 at 11:41pm
Abu Shahmi Abdullah....islam tu sesuai sepanjang masa.....kita ada Alquran...Assunnah....ijmak...kias...dari ijtihad ulamak2.....apakah cara lain untuk mengubah,meminta hak ummat islam dari pemimpin2 'islam' yg bnyak mnhncurkan nilai2 islam...????? kita lihat saje dimesir apabila kehendak rakyat dipemainkan...apabila rakyat mahukan peminpin yg adil..dipermainkan...adakah rakyat mesir tiada pertimbngan agama?????maaf...sekadar perkongsian...fahami islam....insyAllah selamat...

E · UITM   Reply · June 15 at 8:31am
bro... org pi haji tu pun dah kira demonstrasi... melontar di jamrah tu menunjukkan kita ni menolak kejahatan... pendek kata haji tu merupakan demonstrasi mega umat Islam seluruh dunia menentang kejahatan dan kezaliman... kat mesia ni kalau dah ada kezilaman secara terang-terangan yang boleh dibuktikan,,, jadi demonstrasi adalah wajib..

Seterusnya saya hubungi mereka melalui FB dengan mesej berikut "Assalamualaikum, I'm touched with your intellectual comment in the Malaysiakini. Would you mind to post your email address, so that we could communicate better. Jazakallahu khair" .... tapi sayang mereka tidak menjawabnya.

Apa pula komen pembaca semua?

Sunday 19 June 2011

TANDA-TANDA PENGANUT SYIAH

 Gambar hiasan: Penganut Syiah memuja kubur Abu Lu'lu'ah, pembunuh Saidina Umar al-Khattab R.A

Tanda-tanda seseorang telah dipengaruhi/terjebak dengan Syiah. Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika tanda-tanda sebegini dilihat mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayangi:

1.         Sentiasa memuja Saidina Ali R.A dan melebihkan beliau daripada Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A

2.         Memperlekeh dan memandang rendah sahabat-sahabat Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam.

3.         Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isyak tanpa sebarang sebab.
4.         Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5.         Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
6.         Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7.         Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
8.         Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isyak.

9.         Memarahi orang-orang yang berpuasa Asyura.
10.       Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).

Saturday 11 June 2011

BERSIH YANG HARAM


Pada masa ini golongan penentang kerajaan telah merancang untuk berdemonstrasi. Mereka telah berusaha mengajak orang ramai turun ke jalanan untuk tunjuk perasaan dalam Demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. Dalam beberapa siri artikel terdahului, blog ini memaparkan artikel yang bertajuk “Halalkah Revolusi dan Demonstrasi Menentang Pemerintah?” Maka ibrah-ibrah yang dapat diteladani dalam perkara seumpama ini adalah seperti berikut:

1.  Demonstrasi adalah kaedah Yahudi/Barat. Demonstrasi yang pertama dalam sejarah Islam adalah penentangan terhadap Saidina Uthman Ibn Affan RA yang dianjurkan oleh Abdullah bin Sabaq, seorang Yahudi yang berakhir dengan pembunuhan terhadap Amirul Mukminin.

2.    Wirid-wirid yang biasa kita dengar sebelum demonstrasi bermula adalah aman, bersih, hak rakyat dan suara-suara yang muluk-muluk. Namun demonstrasi bertukar menjadi ganas dan di luar kawalan malah menular sehingga berlakunya kehilangan nyawa dan kerosakan serta kemusnahan terhadap harta benda.

3.    Sejarah lalu menunjukkan PASTI ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi membiayai demonstrasi ini. Jejak-jejak Yahudi dapat dikesan yang datang dalam pelbagai bentuk seperti CIA, NGO, Multi National Corporation dan malah dalam bentuk ikon-ikon Islam sendiri (ulamak suq).

4.    Golongan penentang mungkin mempunyai mesej yang hendak disampaikan. Namun dalam kaedah usul fiqh, yakni berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang sahih, ulamak-ulamak telah menetapkan kaedah ‘amar makruf nahi mungkar’ iaitu mencegah kemudaratan didahulukan daripada memperolehi kemaslahatan dan mengambil kemudaratan yang teringan daripada dua kemudaratan. (Ada kaitan dengan bilangan 2 yakni demonstrasi adalah satu kemudaratan dan perlu dicegah/jauhi)

5.    Namun sandaran yang kukuh bagi kita adalah dengan berpandukan dan beramal dengan al-Quran dan hadith-hadith sahih, di mana adalah jelas kepada kita bahawa demonstrasi menentang pemerintah adalah HARAM.

6.  Allah Subhanahu Wataala Yang Maha Mengetahui mengenai iradah kauniyyah dan iradah Syar’iyyah. Soal pemerintah yang zalim akan diadili dengan sewajarnya oleh Allah Subhanahu Wataala Yang Maha Adil. Justeru segala apa yang terjadi adalah dalam pengetahuanNya. Wahyu yang diturunkan kepada Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam dan diperjelaskan melalui sunnah Baginda hendaklah diikuti. Wahyu semestinya mengatasi Akal dan bukan sebaliknya. Akal hanya sekadar faktor pembantu dan bukannya faktor PENENTU. Justeru sebagai hamba kita patuhilah ‘samiqna wa athoqna’.

Apa yang dapat kita simpulkan bahawa tindakan demonstrasi menentang pemerintah Islam adalah BERTENTANGAN dengan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang sahih dan hukumnya HARAM. Maka segala tindakan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah mengikut kemahuan nafsu yang dirancakkan dengan bisikan Iblis laknatullah. Ternyata mereka adalah pengikut setia Machiavelli yang menggunakan akal semata-mata dan berprinsipkan ‘matlamat menghalalkan cara’. Wallahu a’lam.

Friday 3 June 2011

SYIAH IMAMIYAH - SATU ISU KESELAMATAN UMMAH

                                                      

Ramai individu Muslim menyangka bahawa Imam Khomeini presiden pertama Iran memperjuangkan nasib umat Islam khasnya di Iran. Malah dia dipandang sebagai orang yang berani mencabar Negara Barat. Itulah yang digambarkan oleh media massa global dan parti-parti pembangkang Islam. Pada hakikatnya semua itu jauh daripada kebenaran. Dia merupakan suatu permainan Syaitan menipu umat Islam, bekerja untuk memusnahkan kekuatan umat Islam dari dalam.
Untuk mengetahui mengapa terjadi begitu, kita perlu melihat dari sudut aqidah agama Syiah, sejarahnya dan buku-buku yang menjadi rujukan mereka. Perkara ini perlu sangat didedahkan atas beberapa sebab seperti berikut;  
a.   Kehadiran pengikut Syiah Imammiyah sudah menjadi kenyataan  di Malaysia,  khasnya di daerah Gombak dan di Kota Bahru, Kelantan.
b.   Apabila pengikut Syiah telah ditangkap oleh pihak berkuasa (seramai lebih kurang seratus orang) baru-baru ini, pihak berkuasa di Iran telah masuk campur. Untuk menjaga perhubungan baik antara kedua negara, mereka yang ditangkap tidak didakwa! kecuali segelintir sahaja.
c.   Pada waktu yang sama orang-orang Syiah membunuh ribuan orang-orang Sunni di Iraq sejak kejatuhan Presiden Saddam Husein.  Bekas Naib Presiden Iran pernah berkata:
“ Jika tidak kerana orang-orang Iran (Syiah,) Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah!”  (Sumber Seminar Teluk: Cabaran Masa Depan di U.A.E. 15  Jan 2004.)
d.   Dengan jatuhnya pemerintahan  Presiden Hosni Mubarak di Mesir, pengaruh Syiah akan diperkuatkan dengan bantuan Amerika di negara itu. Hal yang sama akan terjadi di Libya. Tujuan Pakatan Sulit Zionis Antarabangsa adalah untuk menubuh satu empayar raya Zionis di Timur Tengah dengan menggunakan tentera Mesir dan Libya untuk menguasai Jazirah al Arabia.
e.   Di dalam sejarah Islam Sunni selama seribu tahun pengkhianatan Syiah terhadap Islam sangat ketara. Mereka membantu kemasukan tentera Tartar pimpinan Hulagu memusnahkan Kota Baghdad, mereka membantu tentera salib apabila tentera Salehuddin Ayyubi As-Sunni menentang tentera Salibiyah. Semasa Syiah Fatimiyah Batiniyah memerintah Mesir,  Libya dan negara-negara Islam  di Utara Afrika selama 200 tahun, mereka tidak membenarkan orang Sunni memegang jawatan-jawatan yang penting. Pada zaman pemerintahan Abbasiyah mereka sentiasa menjadi masalah di negara Parsi sehingga tidak memungkinkan tentera Abbasiyah digunakan untuk menolong orang Islam yang diserang di Andalus, Sepanyol.
f.    Terdapat ramai  individu dari parti pembangkang Islam yang terpengaruh dengan dakyah politik revolusi Syiah ataupun penganut Syiah berselindung di belakang parti pembangkang. Ia telah menjadi sebab utama kenapa umat Islam berpecah-belah dan menjadi lemah dalam arena  politik negara pada masa ini. Bapak Syiah yang pertama dalam sejarah Islam adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba yang membangkang Khalifah Uthman R.A. Menuduhnya sebagai penguasa yang zalim dan korup hingga beliau terbunuh.
g.   Pada masa depan yang terdekat kelompok ini akan digunakan oleh pihak Zionis di Mesir dan di Libya setelah jatuhnya pemerintahan Presiden al­-Mubarak dan al-Ghadafi untuk memperjuangkan citra Zionis Banksters bagi menubuh Empayar Raya Zionis berpusat di Palestin.

Buku ini mengandungi maklumat berdasarkan dalil yang sahih menunjukkan bahawa golongan Syiah Imamiyah adalah golongan yang sangat bahaya kepada aqidah, syariat, akhlak, ummah dan negara. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya daripada galeria.blogspot.com. Selamat membaca. Wa allahu a’lam.