Orang
bukan Islam tidak percaya bahawa (1) Allah Subhanahu Wataala adalah Tuhan yang
mencipta alam semesta dan seluruh isi alam. (2) Nabi Muhammad Sallallahi Alaihi
Wassalam adalah pesuruh Allah dan nabi akhir zaman. (3) Manusia dijadikan untuk
menyembah Allah Subhanahu Wataala dan diperintahkan supaya taat kepada suruhan
dan laranganNya dengan para rasul memberi panduan. (4) Manusia akan menghuni dunia ini buat
sementara waktu sehinggalah berlaku kehancuran apabila tibanya hari Kiamat. (5)
Mereka kemudiannya akan diadili di mana balasan baik adalah syurga manakala
balasan jahat adalah neraka. (6) Syaitan, iblis dan jin adalah makhluk Allah
Subhanahu Wataala yang akan sentiasa menggoda dan mengajak umat manusia di
dunia ini untuk mengingkari Allah Subhanahu Wataala sehingga hari Kiamat. (7) Dalam
menjalani kehidupan di dunia ini, terlalu banyak rahsia dan perkara-perkara
ghaib dalam kekuasaan Allah Subhanahu Wataala yang tidak diketahui umat
manusia.
Setelah
menguasai media, kewangan dan politik dunia, orang bukan Islam berusaha untuk
menghancurkan agama Islam. Mereka melabelkan agama Islam sebagai jumud, zalim
dan anti kebebasan. Lantaran itu mereka melakukan kerja-kerja menghina agama
Islam, orientalis Barat mengkaji agama Islam untuk memesongkan ajaran Islam, melancarkan
dakyah terhadap umat Islam supaya meninggalkan ajaran Islam yang ada sangkut
paut dengan aspek kekeluargaan, ekonomi, pelajaran dan politik. Mereka memaksa
orang Islam mengikut gaya hidup mereka. Mereka berselindung di sebalik slogan
kebebasan, kesamarataan, keadilan dan persamaan secara menggunakan akal tanpa
batasan. Lihatlah institusi keluarga, sosial, politik, ekonomi yang telah
mengalami keruntuhan secara mendadak sejak 200 tahun yang lepas. Dari sudut
cara berpakaian, mereka berjaya menelanjangkan ramai wanita apabila
memperkenalkan fesyen yang mendedahkan tangan, payu dara, peha dan kaki. Mana
pergi kimono Jepun, Cheongsam China, hanbok Korea, saree India, baju kurung
Melayu, jubah Afrika hatta over dress dan kyrtle perempuan British? Pada hari
ini kita dapati ramai wanita dari Timur ke Barat memakai baju jarang, seluar
pendek, T-Shirt singkat walaupun mereka berada di Alaska. Ini baru satu contoh!
Apa
yang pasti agama Islam adalah satu-satunya agama yang dibenci, diasak dan
diserang dari segenap sudut oleh golongan bukan Islam. Tidak sedikit umat Islam
yang telah masuk perangkap ini secara langsung atau tidak langsung dan
masing-masing akan dipertanggungjawabkan apabila tiba masanya. Orang bukan Islam
gagal memahami bahawa anutan agama Islam adalah berteraskan wahyu Allah
Subhanahu Wataala manakala ajaran agama lain adalah berdasarkan akal,
eksperimen dan pengalaman pembawa ajaran-ajaran tersebut.
Merekalah
yang memulakan konflik, persengketaan, peperangan dan porak peranda dalam
sejarah peradaban manusia. Mereka memberikan faktor alasan ekonomi, politik,
sosial atau perebutan tanah tetapi yang sebenarnya adalah atas perbezaan agama.
Ianya bermula sejak manusia dijadikan di mana perbezaan di antara nilai baik
dan nilai jahat dalam kehidupan akan saling bertentangan dari zaman ke zaman
sehinggalah hari Kiamat. Mereka meneruskan kesinambungan gerak kerja iblis
untuk menyesat dan menggoda anak Adam sehingga hari Kiamat.
“Untukmu
agamamu, dan untukku agamaku” Al-Kafiirun, 109:6
No comments:
Post a Comment