Rata-rata
masyarakat Islam memahami keperluan untuk berpakaian secara menutup aurat adalah
wajib ke atas Muslimin dan Muslimah. Syarat minimum pakaian menutup aurat bagi
seorang lelaki Islam adalah secara menutup antara dua lutut hingga ke pusat. Manakala
aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya
kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di
hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung
rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat
yang wajib ditutup.
Terdapat
3 perkara yang berkaitan dengan pakaian dan penampilan yang menjadi
petunjuk mazahir (tingkah laku
luaran) keimanan seorang lelaki Islam iaitu:
a. Pakaian.
Tanggapan umum apabila
seseorang lelaki Islam berseluar panjang dan memakai baju berlengan panjang,
mereka telah memenuhi tuntutan syarak.
Namun begitu tanggapan ini adalah salah sekiranya kaedah berpakaian
tersebut menyelisihi sunnah dan anjuran Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.
1)
Pakaian
yang dipakai tidak meniru pakaian yang ada kaitan dengan acara keagamaan orang
bukan Islam seperti jubah paderi Kristian, jubah sami Buddha. Sikap berbangga
dan ingin meniru serta mengagongkan mereka.
2)
Pakaian yang dipakai hendaklah longgar, tidak
ketat atau menampakkan susuk tubuh badan.
3)
Pakaian
yang dipakai tidak nipis dan jarang
sehingga menampakkan aurat.
b. Seluar/Kain pelikat/Jubah Tidak Isbal.
(Isbal bermaksud menurunkan atau
memanjangkan pakaian hingga di bawah buku lali)
1) Larangan tidak boleh isbal adalah sebagaimana
sabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam “Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau
enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah
mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai
kesombongan.” (HR. Abu Daud dan
At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih)
dan “Kain yang memanjang hingga di bawah
mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR Bukhari).
c. Panjangkan Janggut dan Pendekkan Misai
1) Hukum menyimpan janggut adalah wajib ke atas
lelaki Muslim sebagaimana sabda Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam “Selisihilah
orang-orang Musyrikin, panjangkan janggut dan pendekkan misai” (HR Bukhari dan
Muslim). “Pendekkan misai dan panjangkan
janggut” (HR Bukhari). “Pendekkan
misai dan panjangkan janggut, Selisihilah golongan Majusi” (HR Muslim). “Panjangkan janggut dan pendekkan misai dan
tukar warna uban kamu. Dan jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan
Nasarani ” (HR
Ahmad)
2) Justeru berdasarkan hadis-hadis di atas dapat
disimpulkan bahawa janggut tidak boleh
dicukur. Bahagian yang dikira kawasan janggut bermula dari pelipis telinga,
rahang dan dagu yang ditumbuhi anak rambut. Ulama menetapkan janggut perlu
dipanjangkan sehingga mencapai satu genggaman tangan di bawah dagu manakala di
kawasan rahang dan pelipis telinga boleh dirapikan sedikit untuk mengelak kusut
masai. Manakala misai juga tidak boleh
dicukur tetapi boleh digunting, dirapi dan dipendekkan.
3) Kesemua 4 mazhab telah sepakat menyatakan
bahawa janggut tidak boleh dicukur.
Inilah
di antara perkara-perkara yang mempamerkan mazahir orang Islam dan inilah juga
yang disifatkan oleh Sheikh Muhammad Jamil Zainu sebagai golongan yang selamat
senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap kehidupan.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment