Friday 24 June 2011

KOMENTAR DALAM MALAYSIAKINI

Saya ada membuat komentar mengenai perhimpunan Bersih dalam Malaysiakini pada 14 Jun 2011.

Abu Syahmi Abdullah pada 14hb Jun pukul 5.14 ptg

Hidup hendaklah dengan ilmu agama. Sebagai seorang Islam, cuba semak dan kaji mengenai kaedah demonstrasi ini berdasarkan al-Quran dan hadith-hadith yang sahih. Selepas itu rujuk dengan ulamak/ustaz yang muktabar dan non-partisan. Sememangnya demonstrasi adalah haram di sisi agama Islam dan ada kaedah yang dibenarkan Islam dalam berhadapan dengan penguasa. Ketahuilah sesungguhnya azab Allah SWT itu amat pedih.

Terdapat 5 responden yang identiti mereka saya namakan sebagai A,B,C, D, dan E. Mereka mengulas komentar saya tersebut seperti di bawah:

A · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak Balas · pada 14hb Jun pukul 6.14 ptg
abu syahmi abdullah?!, demonstrasi ditau pun haram?, tapi klu menyamun,merompak,menipu mempekosa harta rakyak, menipu masa pilihan raya membenarkan pendatang asing dapat ic untuk mengudi, rasuah pilihan raya, rasuah dan memfitenah org meliwat dn melucah, itu tidakah lebeh haram.klu hendak menesihatkan org cermin muka sendiri dulu

B · Pengulas Tertinggi · Xkolej· Balas · pada 14hb Jun pukul 6.17 ptg
ha3..abu syahmi belajar kitab mana ....belum habis lagi...pegi belajar...kesian, jahil bebenor.

C · CEO di Canaimas Sdn Bhd Balas · pada 14hb Jun pukul 7.08 ptg
hmmm dah biasa dgr statement ni...meh kita hurai lebih dalam lagi.Rasulullah SAW bersabda, jgn kau lihat siapa yg berkata, tetapi dgr apa yg dikata..jd nk tny dgn Abu Syahmi, selama ni ms org berkata-kata tanpa sebarang demonstrasi, adakah pihak pemerintah memandang serius kata2 tersebut? kenapa rakyat sekarang buat demonstrasi? jgn tunding jari pd yg buat demonstrasi, kt tgk pd diri kt dahulu, kalau kt pemerintah yg baik, adakah rakyat kita akn berdemonstrasi kepada kita? sbb salah lah rakyat buat..bl demonstrasi, rakyat berharap benda itu mendapat perhatian yg tgi dr kacamata pemimpin..
satu lagi kita pergi kpd sifat Allah SWT. IRADAT. berkehendak. sesungguhnya, kehendak pd manusia itu, adalah kehendak dari Allah SWT. maknanya terjadinya demonstrasi itu adalah atas kehendak Allah SWT. Jgn lihat rakyat yg slh terikut-ikut org demonstrasi dia nk demonstrasi juga..jgn pandang yg itu.. pandang mana slh aku sampai rakyat nk demonstrasi

D · Al-Azhar University · Reply · June 14 at 11:41pm
Abu Shahmi Abdullah....islam tu sesuai sepanjang masa.....kita ada Alquran...Assunnah....ijmak...kias...dari ijtihad ulamak2.....apakah cara lain untuk mengubah,meminta hak ummat islam dari pemimpin2 'islam' yg bnyak mnhncurkan nilai2 islam...????? kita lihat saje dimesir apabila kehendak rakyat dipemainkan...apabila rakyat mahukan peminpin yg adil..dipermainkan...adakah rakyat mesir tiada pertimbngan agama?????maaf...sekadar perkongsian...fahami islam....insyAllah selamat...

E · UITM   Reply · June 15 at 8:31am
bro... org pi haji tu pun dah kira demonstrasi... melontar di jamrah tu menunjukkan kita ni menolak kejahatan... pendek kata haji tu merupakan demonstrasi mega umat Islam seluruh dunia menentang kejahatan dan kezaliman... kat mesia ni kalau dah ada kezilaman secara terang-terangan yang boleh dibuktikan,,, jadi demonstrasi adalah wajib..

Seterusnya saya hubungi mereka melalui FB dengan mesej berikut "Assalamualaikum, I'm touched with your intellectual comment in the Malaysiakini. Would you mind to post your email address, so that we could communicate better. Jazakallahu khair" .... tapi sayang mereka tidak menjawabnya.

Apa pula komen pembaca semua?

2 comments:

  1. Saudara ... Jwb balik dlm conversation saudara dlm laman yg terlibat... jgn lari dari tanggungjawab ... Hujah anda perlu penjelasan dari yg cuba feedback pada komen anda ....Salam http://mnazarij.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Semak balik Umno Reform 2 (Polis - Akhirnya Umno Juga Yang Payah - 30hb Jun, 2011) Tlg jawab dan berinteraksi dgn baik ... jgn sembunyi identiti kerana saudara guna dalil dari agama Islam ... responsibility comes first kalau nak jadi pejuang ...jgn dayus berkata-kata .... kami di Umno Reform 2 menanti saudara hadir berkongsi ilmu dan pendapat ... tampilkan siapa anda usah menyorok lagi .... jgn rendahkan kredibility umat Islam

    ReplyDelete