Friday 3 June 2011

SYIAH IMAMIYAH - SATU ISU KESELAMATAN UMMAH

                                                      

Ramai individu Muslim menyangka bahawa Imam Khomeini presiden pertama Iran memperjuangkan nasib umat Islam khasnya di Iran. Malah dia dipandang sebagai orang yang berani mencabar Negara Barat. Itulah yang digambarkan oleh media massa global dan parti-parti pembangkang Islam. Pada hakikatnya semua itu jauh daripada kebenaran. Dia merupakan suatu permainan Syaitan menipu umat Islam, bekerja untuk memusnahkan kekuatan umat Islam dari dalam.
Untuk mengetahui mengapa terjadi begitu, kita perlu melihat dari sudut aqidah agama Syiah, sejarahnya dan buku-buku yang menjadi rujukan mereka. Perkara ini perlu sangat didedahkan atas beberapa sebab seperti berikut;  
a.   Kehadiran pengikut Syiah Imammiyah sudah menjadi kenyataan  di Malaysia,  khasnya di daerah Gombak dan di Kota Bahru, Kelantan.
b.   Apabila pengikut Syiah telah ditangkap oleh pihak berkuasa (seramai lebih kurang seratus orang) baru-baru ini, pihak berkuasa di Iran telah masuk campur. Untuk menjaga perhubungan baik antara kedua negara, mereka yang ditangkap tidak didakwa! kecuali segelintir sahaja.
c.   Pada waktu yang sama orang-orang Syiah membunuh ribuan orang-orang Sunni di Iraq sejak kejatuhan Presiden Saddam Husein.  Bekas Naib Presiden Iran pernah berkata:
“ Jika tidak kerana orang-orang Iran (Syiah,) Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah!”  (Sumber Seminar Teluk: Cabaran Masa Depan di U.A.E. 15  Jan 2004.)
d.   Dengan jatuhnya pemerintahan  Presiden Hosni Mubarak di Mesir, pengaruh Syiah akan diperkuatkan dengan bantuan Amerika di negara itu. Hal yang sama akan terjadi di Libya. Tujuan Pakatan Sulit Zionis Antarabangsa adalah untuk menubuh satu empayar raya Zionis di Timur Tengah dengan menggunakan tentera Mesir dan Libya untuk menguasai Jazirah al Arabia.
e.   Di dalam sejarah Islam Sunni selama seribu tahun pengkhianatan Syiah terhadap Islam sangat ketara. Mereka membantu kemasukan tentera Tartar pimpinan Hulagu memusnahkan Kota Baghdad, mereka membantu tentera salib apabila tentera Salehuddin Ayyubi As-Sunni menentang tentera Salibiyah. Semasa Syiah Fatimiyah Batiniyah memerintah Mesir,  Libya dan negara-negara Islam  di Utara Afrika selama 200 tahun, mereka tidak membenarkan orang Sunni memegang jawatan-jawatan yang penting. Pada zaman pemerintahan Abbasiyah mereka sentiasa menjadi masalah di negara Parsi sehingga tidak memungkinkan tentera Abbasiyah digunakan untuk menolong orang Islam yang diserang di Andalus, Sepanyol.
f.    Terdapat ramai  individu dari parti pembangkang Islam yang terpengaruh dengan dakyah politik revolusi Syiah ataupun penganut Syiah berselindung di belakang parti pembangkang. Ia telah menjadi sebab utama kenapa umat Islam berpecah-belah dan menjadi lemah dalam arena  politik negara pada masa ini. Bapak Syiah yang pertama dalam sejarah Islam adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba yang membangkang Khalifah Uthman R.A. Menuduhnya sebagai penguasa yang zalim dan korup hingga beliau terbunuh.
g.   Pada masa depan yang terdekat kelompok ini akan digunakan oleh pihak Zionis di Mesir dan di Libya setelah jatuhnya pemerintahan Presiden al­-Mubarak dan al-Ghadafi untuk memperjuangkan citra Zionis Banksters bagi menubuh Empayar Raya Zionis berpusat di Palestin.

Buku ini mengandungi maklumat berdasarkan dalil yang sahih menunjukkan bahawa golongan Syiah Imamiyah adalah golongan yang sangat bahaya kepada aqidah, syariat, akhlak, ummah dan negara. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya daripada galeria.blogspot.com. Selamat membaca. Wa allahu a’lam.

1 comment:

  1. Saudara blogger, setelah membaca tulisan saudara dlm blog ini, maka saya ambil dua kesimpulan:

    1. Saya amat setuju dgn saudara dalam bab Syi'ah itu adalah musuh Islam yg paling nyata.

    2. Saya amat tidak bersetuju tentang kenyataan saudara berkenaan kejatuhan Hosni Mubarak dan Muammar Ghadafi itu sebagai musibah kpd umat Islam. Sebabnya ialah, Ghadafi itu juga adalah musuh Islam yg bersekongkol dgn Syi'ah sebenarnya.Sila rujuk biografi Ghadafi dimana beliau sering berkunjung ke negara Iran dan hubungan baiknya dgn pemimpin2 Iran.

    Begitu juga dgn Hosni Mubarak. Beliau adalah sahabat Israel yg paling jelas dan nyata. Ribuan pejuang islam telah di bunuh oleh beliau di dalam neraka penjara Mesir. Sila rujuk artikel Ikhwanul Muslimin yg di tindas di Mesir. Mubarak adalah rakan karib pemimpin Israel. Ini sgt jelas. Beliau juga adalah pengampu Amerika yg paling teratas. Beliau telah mengumpul kekayaan peribadi puluhan bilion harta Mesir dgn bantuan zionis Amerika. Saudara kena jugak baca perangai buruk para pemimpin Arab yg hidup senang lenang dan tidur di atas duit rakyat nya sendiri.

    Kesimpulan saya sendiri, Hosni Mubarak dan Muammar Ghadafi adalah pemimpin boneka yg di belakangnya ada Israel dan Amerika.

    ReplyDelete