Sunday 27 March 2011

Konspirasi Penyembah-penyembah Syaitan - Bhg 1


Paparan klip video ini telah dihasilkan oleh rakyat Malaysia dan pernah disiarkan dalam sebuah blog pada tahun 2010, namun saya terpanggil untuk berkongsi kerana ianya ada kaitan dengan posting saya yang lalu. Ianya menceritakan tentang sejarah yang jarang-jarang diketahui oleh umat manusia walaupun perkara ini berkait rapat dengan kehidupan manusia itu sendiri. Dr Sulaiman Noordin, adalah antara tokoh ilmuan di Malaysia yang banyak menyentuh persoalan ini melalui tulisan-tulisan beliau. Namun tahap kesedaran adalah masih rendah kerana kebanyakan manusia kurang mengambil  tahu. Justeru makar Iblis laknatullah dalam merosakkan bani Adam akan terus berjalan sehinggalah ke hari kiamat. Dalam mengenengahkan perkara ini ke dalam masyarakat, didapati beberapa fakta dan visual yang dipaparkan dalam klip video ini masih boleh dipertikaikan kesahihannya. Ianya berlaku mungkin disebabkan keterbatasan dalam membuat kajian penyelidikan yang terperinci. Namun secara amnya, klip video ini memberi sumbangan yang besar ke arah pencerahan minda umat Islam dalam memahami letak duduk isu ini. Paparan sambungan klip video akan dimuatkan dalam posting yang akan datang. Selamat menonton.

No comments:

Post a Comment