Thursday 24 March 2011

Konspirasi Zionis Illuminati Banksters

Saya berpeluang membaca sebuah buku yang berjudul SEJARAH PEMIKIRAN 1 hasil sentuhan Dr. Sulaiman Noordin, mantan pensyarah UKM. Buku ini mendedahkan misinformation (maklumat tidak betul) yang sedang menjadi-jadi secara global. Mereka sedang membentuk individu yang berwatak yang confused (keliru) dan terdedah kepada anasir-anasir yang merosakkan dan memusnahkan. Masyarakat global telah menjadi mangsa  sekian lama sejak kemusnahan sistem beraja Kristian  di Eropah pada abad 17 adan 18  dan kemusnahan institusi Khalifah Uthmaniyah di Turki pada tahun 1924. Selepas zaman tersebut timbul suatu tamadun yang bersifat ganas dan anti-Tuhan. Di belakangnya adalah suatu kuasa sulit di belakang tabir. Merekalah yang merancang Peperangan Dunia Pertama dan Kedua, memusnahkan sistem beraja di Eropah, Rusia dan China serta  mewujudkan sistem komunis, kapitalis, sosialis dan demokrasi. Mereka dikenali sebagai Zionis Illuminati Banksters yang menaja:
             1)  Revolusi dan rampasan kuasa di seluruh dunia.
       2)  Pemikiran anti-Tuhan malah anti-kemanusiaan.
       3)  Menggalakkan perpecahan serta peperangan saudara.
       4)  Mempamerkan slogan ‘Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan secara sinis dan dusta yang bermaksud sebaliknya.
       5)  Mereka bukan berasal daripada bumi Arab atau Palestin atau keturunan Semitik. Mereka berasal daripada Wilayah Kazaria di Selatan Rusia di Mongolia. Beragama syirik bertuhankan Syaitan Lucifer dengan mengguna kitab (tafsir) Talmud bukan kitab Taurah.
       6)  Mereka menguasai sistem perbankan dunia dengan memiliki ‘Federal Reserve Bank Amerika, Bank of England, Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain.
       7)  Mereka menguasai industri muzik, perfileman, minuman keras, ketenteraan, perubatan dan media massa.
       8)  Mereka berperanan besar di belakang  sistem pendidikan IPT secara global, Bangsa-Bangsa Bersatu, WHO, IMF dan sistem politik dunia.

Direktur Biro Penyiasat Persekutuan (F.B.I.) Amerika Syarikat J. Edgar Hoover telah membuat pernyataan:
Seseorang individu yang mempunyai kekurangan apabila berhadapan dengan suatu pakatan sulit yang sangat  besar, akan berasa sangat takjub sehingga dia tidak percaya ia wujud.” (‘Hidden History Of Money’ oleh Alexander James.2008. Hlm.12).
      
Alexander James telah berkata:
“Enam atau tujuh Presiden Amerika telah dibunuh kerana isu berkenaan dinasti bank persendirian. Enam maharaja (Czars)  Romanov di Russia telah dibunuh bertujuan untuk menyenangkan menghisap darah negara tersebut.” (Ibid)

Pada tahun 1924 Henry Ford Senior (Pereka motokar pertama) telah menulis satu buku bertajuk   The International Jew’  mendedahkan penguasaan Zionis Banksters di pelbagai bidang industri, politik dan ekonomi di Amerika Syarikat.
Melalui penguasaan media massa secara global mereka telah berjaya menutup pakatan sulit Order Baru Dunia ini daripada pengetahuan umum, supaya dunia akan terus lena dan mengikut rentak rancangan politik mereka tanpa disedari. Apa yang sedang berlaku di Mesir, Libya, Algeria, Yemen, Palestin, Iraq dan Afghanistan telah  dirancang di belakang tabir beberapa tahun sebelumnya.

Penduduk dunia telah terperangkap di bawah sistem maklumat  berita Zionis Banksters yang mirip kepada propaganda dan membasuh otak (brain washing). Kuasa sulit itu adalah sebenarnya warmongers (pencetus fitnah dan peperangan). Kerana dalam peperangan, pergaduhan dan rampasan kuasa merekalah yang dapat keuntungan yang sangat lumayan. Alhamdulillah ramai pengkaji telah menghasilkan penyelidekan yang bernas. Mereka yang berminat supaya tidak tertipu siang dan malam perlu membaca buku seperti ini. Waallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment