Thursday 31 March 2011

Rahsia di sebalik Wang Kertas 1 Dollar US

 

 
Bahagian belakang wang kertas 1 USD
 
Grafik bahagian belakang wang kertas 1 USD

Kadar pertukaran mata wang semasa antara RM dan USD adalah, RM 3.00 bersamaan dengan USD 1. Ini bererti kuasa beli mereka adalah tiga kali ganda lebih tinggi. Kalau ke luar negara, terutama negara-negara dunia ketiga, para peniaga mereka lebih senang berurusan dengan pelancong secara menggunakan dollar Amerika berbanding dengan mata wang tempatan. Mungkin mereka mendapat keuntungan yang lebih disebabkan kadar pertukaran mata wang semasa jual beli tidak sebagaimana yang dikenakan oleh pengurup wang tradisi. Pun begitu ada rahsia besar tentang wang kertas USD 1 yang mula digunapakai pada tahun 1935 di sebalik apa yang kita nampak secara zahir. Di sinilah kemuncak perlambangan kuasa pertubuhan Illuminati iaitu satu organisasi mistik occult yang telah menggunakan apa jua cara untuk memusnahkan semua kerajaan dan agama, bertujuan untuk mewujudkan 'Satu Kerajaan Dunia'. Illuminati telah ditubuhkan di Jerman oleh Adam Weishaupt. Kajian lanjut telah membuktikan terdapat hubungan yang rapat di antara Illuminati dengan sejarah penubuhan negara Amerika Syarikat sehinggakan lambang mereka dijadikan cop mohor kerajaan Amerika Syarikat sehingga ke hari ini.  Secara ringkas simbol-simbol yang tertera adalah seperti berikut:

1) ANNUIT COEPTIS bermaksud Perjuangan Kita.
2) Novus Ordo Seclorum bermaksud Orde Sekular Baru (persamaannya di zaman ini adalah kita selalu dicanangkan Orde Baru Dunia).
3) Simbol mata tuhan Lucifer yang melihat semuanya.
4) MDCCLXXVI bermaksud 1 May 1776 iaitu tarikh Illuminati ditubuhkan (Pada masa sekarang dirayakan sebagai hari Buruh!) sedangkan tarikh pengisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat adalah pada 4 Julai 1776.
5) Binaan piramid merujuk kepada tempat sumber ilmu sihir di zaman purba di Giza, Mesir (Masih ingat sirah Nabi Musa A.s melawan ahli-ahli sihir Firaun)

Bagi burung helang pula adalah lambang kuasa sihir. Kaitan 13 Stars of David, 13 anak panah, 13 daun-daun adalah anggota Majlis Tertinggi Illuminati berjumlah 13 orang dan  mengingatkan tugas penting mereka untuk memusnahkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa A.s dan dua belas sahabatnya. Juga terdapat 13 puak Israel yang menyebabkan angka 13 menjadi penting. Justeru sama-sama kita fikirkan apakah relevan dan signikan kesemua simbol-simbol ini dengan wang dan mohor kerajaan Amerika Syarikat? Apa yang pasti ianya sukar dikaitkan sejarah kemerdekaan negara itu sendiri, malah tidak lain dan tidak bukan menunjukkan bahawa gerakan ini telah menular ke dalam sistem kerajaan Amerika Syarikat serta menjadi denyut nadi kepada pergerakan ini dalam agenda mereka untuk menguasai dunia. Jika penguasaan ke atas mohor telah berlaku sejak ratusan tahun yang lampau dan pengenalan wang kertas USD 1 berlaku menjelang awal abad ke 20, namun kajian dan pencarian saya telah menemui simbol-simbol yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa besar dunia semasa yang terdapat dalam wang kertas USD 5, USD 10 dan USD 50 yang akan dikupas dalam posting yang akan datang. InsyaAllah. Wallahu a'lam.




No comments:

Post a Comment