Thursday 24 March 2011

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan,

Melangkahnya saya ke alam siber adalah untuk berkongsi maklumat dan bertukar fikiran
serta mengutip nasihat dan pandangan sebagai iktibar dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Selaku musafir yang berkelana, persinggahan di dunia ini adalah buat seketika cuma. Hakikatnya kehidupan ini adalah terlalu singkat, sementara destinasi yang dituju adalah tempat yang kekal dan abadi. Ranjau-ranjau kehidupan adalah penuh dengan liku-liku yang mencabar. Maka beruntunglah mereka yang dapat mengharunginya dengan mengikuti dan mematuhi perintah Allah Azawajalla dengan berbekalkan risalah tauhid yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahhi Alaihi Wassalam. Pengalaman lalu dalam berjuang dan menjejaki musuh negara dan membina serta mendidik keluarga adalah azimat yang paling berharga buat diriku dan kepada Allah Subhanahu Wataala sahajalah bagiNya segala puji dan syukur.

2 comments:

  1. Salam saudara, saya tertarik dengan paparan anda..dunia ini sekarang masuk ke era "DUNIA FITAN" yang bermaksud penuh dengan FITNAH
    Jika kita lihat, pandang, dengar dan sedar...itu lah yang sedang berlaku

    maka tidak ada lain dunia di akhir zaman!

    ReplyDelete
  2. Komando,

    Salam. Cara nak hadapi zaman Dunia Fitan adalah dengan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

    ReplyDelete