Salam Aidil Fitri,
Kemaafaan kepada semua rakan. Sudah lama tidak menghantar posting dek kerana kesibukan dengan urusan dunia...exam dah dekat, course work memang bertimbun dan viva around the corner. Awal minggu dapat amaran daripada Web Master nak tutup blog ini kerana lama tak aktif. InsyaAllah bila tamat belajar dalam sebulan dua ni...akan aktif berblog kembali. Jazakallahu khair
Saturday, 3 September 2011
Friday, 1 July 2011
SISTEM DEMOKRASI – SATU BENTUK BERHALA MODEN
Sistem demokrasi diwar-warkan sebagai sistem terbaik untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Perkataan demokrasi bererti ‘pemerintahan oleh rakyat’ berasal dari Greek yang diperkenalkan pada sekitar pertengahan abad ke-4 BC. Secara asasnya istem ini diamalkan dengan memilih seseorang/sekumpulan untuk memimpin sekumpulan manusia yang lain dan mewakili mereka membuat keputusan dalam pemerintahan. Di samping memilih, sifat demokrasi juga boleh menolak yakni pemimpin yang tidak digemari oleh kumpulan majoriti boleh dijatuhkan.
Pakej kalimat yang menjadi gandingan demokrasi adalah seperti keadilan, kesamarataan dan kebebasan. Boleh dikatakan ianya dipraktik dan menjadi wirid harian dalam seluruh kehidupan kebanyakan umat manusia di seluruh pelusuk benua. Justeru isu-isu kehidupan yang mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial telah diamalkan atas kerangka demokrasi. Dari sudut politik, perebutan kuasa di antara kumpulan-kumpulan adalah sesuatu yang lumrah. Mereka saling bertelingkah untuk menjatuhkan di antara satu sama lain dan mengamalkan kerja-kerja mungkar untuk menguasai sekumpulan orang ramai supaya memihak kepada mereka. Dalam bab ekonomi, terdapat aktiviti dan sistem kewangan yang berat sebelah, monopoli, bebas untuk menguasai pasaran dan bebas untuk mengamalkan riba. Manakala dalam aspek sosial adalah laungan kesamarataan jantina, perkahwinan sejenis dan seks bebas. Paling ketara adalah dalam siasah/politik di mana dapat dilihat demokrasi dijadikan perkataan keramat oleh semua orang walhal kedapatan mereka sendiri tidak memahami istilah demokrasi. Rata-rata mereka memahami bentuk demokrasi seumpama dalam dailog filem Melayu lama, “satu untuk engkau, satu untuk aku” atau “suara majoriti (terbanyak) adalah paling benar” atau “suara rakyat suara keramat” yang mana dikaitkan dengan keadilan dan hak asasi. Barah demokrasi yang paling kronik adalah apabila orang berkata "hak kita berdemonstrasi dijamin oleh perlembagaan yang bercirikan demokrasi". Namun adakah mereka berani untuk terus menyambung dengan ungkapan sebegini "....walaupun mengikut al-Quran dan as-Sunnah demonstrasi itu haram?".
Sebagai umat Islam, wajib kita memahami bahawa sistem demokrasi bukanlah amalan pemerintahan yang dituntut oleh al-Quran, bukan amalan Rasulullah Sallallahi Alaihi Wassalam dan tidak juga dipraktikkan oleh Khalifa ar Rasyidin dan sahabat-sahabat. Justeru dapat disimpulkan bahawa sistem demokrasi tidak dapat dijadikan sandaran kita dan adalah tertolak di sisi Islam. Cuba fikir atas iradah siapa yang mewujudkan ketua dalam kawanan haiwan di rimba? Sudah pasti haiwan tidak mengundi dalam pilihanraya untuk memilih ketua. Jawapan yang jelas adalah Allah Yang Maha Pencipta yang memberi ‘instinct’ supaya muncul di kalangan haiwan tersebut untuk menjadi ketua. Dalam hal yang sama, suara teramai bukanlah juga asas untuk memilih jalan hidup. Adakah suara teramai di beberapa negara Eropah yang menghalalkan pelacuran, judi, riba dan seribu satu macam maksiat yang melanggar hukum Allah Subhanahu Wataala dan hukum fitrah manusia dapat diterima? Logik akal yang tidak dicemari hawa nafsu akan maklum dalam membezakan antara yang haq dan batil kerana Islam, akal dan fitrah ada perkaitan dan tidak bertentangan di antara satu sama lain. Namun dalam konteks politik Malaysia dan demi ‘survival’ Melayu Islam, demokrasi hanyalah sebagai wadah mengambil kemudaratan yang teringan daripada dua kemudaratan. Namun kewajipan untuk kita kembali berpaksikan kepada neraca al-Quran dan as-Sunnah dalam politik masih perlu diusahakan. Dalam usaha pencarian sistem pemerintahan yang haq, umat Melayu Islam jangan taksub dan bertuhankan demokrasi yang mana ianya dijadikan berhala moden, dipuja, disembah dan diagung secara melampau mengatasi sistem pemerintahan yang telah digariskan oleh al-Quran dan as-Sunnah! Wallahu a’lam.
Friday, 24 June 2011
KOMENTAR DALAM MALAYSIAKINI
Saya ada membuat komentar mengenai perhimpunan Bersih dalam Malaysiakini pada 14 Jun 2011.
Abu Syahmi Abdullah pada 14hb Jun pukul 5.14 ptg
Hidup hendaklah dengan ilmu agama. Sebagai seorang Islam, cuba semak dan kaji mengenai kaedah demonstrasi ini berdasarkan al-Quran dan hadith-hadith yang sahih. Selepas itu rujuk dengan ulamak/ustaz yang muktabar dan non-partisan. Sememangnya demonstrasi adalah haram di sisi agama Islam dan ada kaedah yang dibenarkan Islam dalam berhadapan dengan penguasa. Ketahuilah sesungguhnya azab Allah SWT itu amat pedih.
Terdapat 5 responden yang identiti mereka saya namakan sebagai A,B,C, D, dan E. Mereka mengulas komentar saya tersebut seperti di bawah:
ha3..abu syahmi belajar kitab mana ....belum habis lagi...pegi belajar...kesian, jahil bebenor.
Apa pula komen pembaca semua?
Abu Syahmi Abdullah pada 14hb Jun pukul 5.14 ptg
Hidup hendaklah dengan ilmu agama. Sebagai seorang Islam, cuba semak dan kaji mengenai kaedah demonstrasi ini berdasarkan al-Quran dan hadith-hadith yang sahih. Selepas itu rujuk dengan ulamak/ustaz yang muktabar dan non-partisan. Sememangnya demonstrasi adalah haram di sisi agama Islam dan ada kaedah yang dibenarkan Islam dalam berhadapan dengan penguasa. Ketahuilah sesungguhnya azab Allah SWT itu amat pedih.
Terdapat 5 responden yang identiti mereka saya namakan sebagai A,B,C, D, dan E. Mereka mengulas komentar saya tersebut seperti di bawah:
abu syahmi abdullah?!, demonstrasi ditau pun haram?, tapi klu menyamun,merompak,menipu mempekosa harta rakyak, menipu masa pilihan raya membenarkan pendatang asing dapat ic untuk mengudi, rasuah pilihan raya, rasuah dan memfitenah org meliwat dn melucah, itu tidakah lebeh haram.klu hendak menesihatkan org cermin muka sendiri dulu
ha3..abu syahmi belajar kitab mana ....belum habis lagi...pegi belajar...kesian, jahil bebenor.
C · CEO di Canaimas Sdn Bhd Balas · pada 14hb Jun pukul 7.08 ptg
hmmm dah biasa dgr statement ni...meh kita hurai lebih dalam lagi.Rasulullah SAW bersabda, jgn kau lihat siapa yg berkata, tetapi dgr apa yg dikata..jd nk tny dgn Abu Syahmi, selama ni ms org berkata-kata tanpa sebarang demonstrasi, adakah pihak pemerintah memandang serius kata2 tersebut? kenapa rakyat sekarang buat demonstrasi? jgn tunding jari pd yg buat demonstrasi, kt tgk pd diri kt dahulu, kalau kt pemerintah yg baik, adakah rakyat kita akn berdemonstrasi kepada kita? sbb salah lah rakyat buat..bl demonstrasi, rakyat berharap benda itu mendapat perhatian yg tgi dr kacamata pemimpin..
satu lagi kita pergi kpd sifat Allah SWT. IRADAT. berkehendak. sesungguhnya, kehendak pd manusia itu, adalah kehendak dari Allah SWT. maknanya terjadinya demonstrasi itu adalah atas kehendak Allah SWT. Jgn lihat rakyat yg slh terikut-ikut org demonstrasi dia nk demonstrasi juga..jgn pandang yg itu.. pandang mana slh aku sampai rakyat nk demonstrasi
satu lagi kita pergi kpd sifat Allah SWT. IRADAT. berkehendak. sesungguhnya, kehendak pd manusia itu, adalah kehendak dari Allah SWT. maknanya terjadinya demonstrasi itu adalah atas kehendak Allah SWT. Jgn lihat rakyat yg slh terikut-ikut org demonstrasi dia nk demonstrasi juga..jgn pandang yg itu.. pandang mana slh aku sampai rakyat nk demonstrasi
D · Al-Azhar University · Reply · June 14 at 11:41pm
Abu Shahmi Abdullah....islam tu sesuai sepanjang masa.....kita ada Alquran...Assunnah....ijma k...kias...dari ijtihad ulamak2.....apakah cara lain untuk mengubah,meminta hak ummat islam dari pemimpin2 'islam' yg bnyak mnhncurkan nilai2 islam...????? kita lihat saje dimesir apabila kehendak rakyat dipemainkan...apabila rakyat mahukan peminpin yg adil..dipermainkan...adaka h rakyat mesir tiada pertimbngan agama?????maaf...sekadar perkongsian...fahami islam....insyAllah selamat...
bro... org pi haji tu pun dah kira demonstrasi... melontar di jamrah tu menunjukkan kita ni menolak kejahatan... pendek kata haji tu merupakan demonstrasi mega umat Islam seluruh dunia menentang kejahatan dan kezaliman... kat mesia ni kalau dah ada kezilaman secara terang-terangan yang boleh dibuktikan,,, jadi demonstrasi adalah wajib..
Seterusnya saya hubungi mereka melalui FB dengan mesej berikut "Assalamualaikum, I'm touched with your intellectual comment in the Malaysiakini. Would you mind to post your email address, so that we could communicate better. Jazakallahu khair" .... tapi sayang mereka tidak menjawabnya.
Apa pula komen pembaca semua?
Sunday, 19 June 2011
TANDA-TANDA PENGANUT SYIAH
Gambar hiasan: Penganut Syiah memuja kubur Abu Lu'lu'ah, pembunuh Saidina Umar al-Khattab R.A
Tanda-tanda seseorang telah dipengaruhi/terjebak dengan Syiah. Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika tanda-tanda sebegini dilihat mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayangi:
1. Sentiasa memuja Saidina Ali R.A dan melebihkan beliau daripada Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A
2. Memperlekeh dan memandang rendah sahabat-sahabat Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam.
3. Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isyak tanpa sebarang sebab.
4. Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.5. Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
6. Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.7. Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
8. Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isyak.9. Memarahi orang-orang yang berpuasa Asyura.
10. Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).Saturday, 11 June 2011
BERSIH YANG HARAM
Pada masa ini golongan penentang kerajaan telah merancang untuk berdemonstrasi. Mereka telah berusaha mengajak orang ramai turun ke jalanan untuk tunjuk perasaan dalam Demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. Dalam beberapa siri artikel terdahului, blog ini memaparkan artikel yang bertajuk “Halalkah Revolusi dan Demonstrasi Menentang Pemerintah?” Maka ibrah-ibrah yang dapat diteladani dalam perkara seumpama ini adalah seperti berikut:
1. Demonstrasi adalah kaedah Yahudi/Barat. Demonstrasi yang pertama dalam sejarah Islam adalah penentangan terhadap Saidina Uthman Ibn Affan RA yang dianjurkan oleh Abdullah bin Sabaq, seorang Yahudi yang berakhir dengan pembunuhan terhadap Amirul Mukminin.
2. Wirid-wirid yang biasa kita dengar sebelum demonstrasi bermula adalah aman, bersih, hak rakyat dan suara-suara yang muluk-muluk. Namun demonstrasi bertukar menjadi ganas dan di luar kawalan malah menular sehingga berlakunya kehilangan nyawa dan kerosakan serta kemusnahan terhadap harta benda.
3. Sejarah lalu menunjukkan PASTI ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi membiayai demonstrasi ini. Jejak-jejak Yahudi dapat dikesan yang datang dalam pelbagai bentuk seperti CIA, NGO, Multi National Corporation dan malah dalam bentuk ikon-ikon Islam sendiri (ulamak suq).
4. Golongan penentang mungkin mempunyai mesej yang hendak disampaikan. Namun dalam kaedah usul fiqh, yakni berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang sahih, ulamak-ulamak telah menetapkan kaedah ‘amar makruf nahi mungkar’ iaitu mencegah kemudaratan didahulukan daripada memperolehi kemaslahatan dan mengambil kemudaratan yang teringan daripada dua kemudaratan. (Ada kaitan dengan bilangan 2 yakni demonstrasi adalah satu kemudaratan dan perlu dicegah/jauhi)
5. Namun sandaran yang kukuh bagi kita adalah dengan berpandukan dan beramal dengan al-Quran dan hadith-hadith sahih, di mana adalah jelas kepada kita bahawa demonstrasi menentang pemerintah adalah HARAM.
6. Allah Subhanahu Wataala Yang Maha Mengetahui mengenai iradah kauniyyah dan iradah Syar’iyyah. Soal pemerintah yang zalim akan diadili dengan sewajarnya oleh Allah Subhanahu Wataala Yang Maha Adil. Justeru segala apa yang terjadi adalah dalam pengetahuanNya. Wahyu yang diturunkan kepada Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam dan diperjelaskan melalui sunnah Baginda hendaklah diikuti. Wahyu semestinya mengatasi Akal dan bukan sebaliknya. Akal hanya sekadar faktor pembantu dan bukannya faktor PENENTU. Justeru sebagai hamba kita patuhilah ‘samiqna wa athoqna’.
Apa yang dapat kita simpulkan bahawa tindakan demonstrasi menentang pemerintah Islam adalah BERTENTANGAN dengan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang sahih dan hukumnya HARAM. Maka segala tindakan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah mengikut kemahuan nafsu yang dirancakkan dengan bisikan Iblis laknatullah. Ternyata mereka adalah pengikut setia Machiavelli yang menggunakan akal semata-mata dan berprinsipkan ‘matlamat menghalalkan cara’. Wallahu a’lam.
Friday, 3 June 2011
SYIAH IMAMIYAH - SATU ISU KESELAMATAN UMMAH
Ramai individu Muslim menyangka bahawa Imam Khomeini presiden pertama Iran memperjuangkan nasib umat Islam khasnya di Iran. Malah dia dipandang sebagai orang yang berani mencabar Negara Barat. Itulah yang digambarkan oleh media massa global dan parti-parti pembangkang Islam. Pada hakikatnya semua itu jauh daripada kebenaran. Dia merupakan suatu permainan Syaitan menipu umat Islam, bekerja untuk memusnahkan kekuatan umat Islam dari dalam.
Untuk mengetahui mengapa terjadi begitu, kita perlu melihat dari sudut aqidah agama Syiah, sejarahnya dan buku-buku yang menjadi rujukan mereka. Perkara ini perlu sangat didedahkan atas beberapa sebab seperti berikut;
a. Kehadiran pengikut Syiah Imammiyah sudah menjadi kenyataan di Malaysia, khasnya di daerah Gombak dan di Kota Bahru, Kelantan.
b. Apabila pengikut Syiah telah ditangkap oleh pihak berkuasa (seramai lebih kurang seratus orang) baru-baru ini, pihak berkuasa di Iran telah masuk campur. Untuk menjaga perhubungan baik antara kedua negara, mereka yang ditangkap tidak didakwa! kecuali segelintir sahaja.
c. Pada waktu yang sama orang-orang Syiah membunuh ribuan orang-orang Sunni di Iraq sejak kejatuhan Presiden Saddam Husein. Bekas Naib Presiden Iran pernah berkata:
“ Jika tidak kerana orang-orang Iran (Syiah,) Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah!” (Sumber Seminar Teluk: Cabaran Masa Depan di U.A.E. 15 Jan 2004.)
d. Dengan jatuhnya pemerintahan Presiden Hosni Mubarak di Mesir, pengaruh Syiah akan diperkuatkan dengan bantuan Amerika di negara itu. Hal yang sama akan terjadi di Libya. Tujuan Pakatan Sulit Zionis Antarabangsa adalah untuk menubuh satu empayar raya Zionis di Timur Tengah dengan menggunakan tentera Mesir dan Libya untuk menguasai Jazirah al Arabia.
e. Di dalam sejarah Islam Sunni selama seribu tahun pengkhianatan Syiah terhadap Islam sangat ketara. Mereka membantu kemasukan tentera Tartar pimpinan Hulagu memusnahkan Kota Baghdad, mereka membantu tentera salib apabila tentera Salehuddin Ayyubi As-Sunni menentang tentera Salibiyah. Semasa Syiah Fatimiyah Batiniyah memerintah Mesir, Libya dan negara-negara Islam di Utara Afrika selama 200 tahun, mereka tidak membenarkan orang Sunni memegang jawatan-jawatan yang penting. Pada zaman pemerintahan Abbasiyah mereka sentiasa menjadi masalah di negara Parsi sehingga tidak memungkinkan tentera Abbasiyah digunakan untuk menolong orang Islam yang diserang di Andalus, Sepanyol.
f. Terdapat ramai individu dari parti pembangkang Islam yang terpengaruh dengan dakyah politik revolusi Syiah ataupun penganut Syiah berselindung di belakang parti pembangkang. Ia telah menjadi sebab utama kenapa umat Islam berpecah-belah dan menjadi lemah dalam arena politik negara pada masa ini. Bapak Syiah yang pertama dalam sejarah Islam adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba yang membangkang Khalifah Uthman R.A. Menuduhnya sebagai penguasa yang zalim dan korup hingga beliau terbunuh.
g. Pada masa depan yang terdekat kelompok ini akan digunakan oleh pihak Zionis di Mesir dan di Libya setelah jatuhnya pemerintahan Presiden al-Mubarak dan al-Ghadafi untuk memperjuangkan citra Zionis Banksters bagi menubuh Empayar Raya Zionis berpusat di Palestin.
Buku ini mengandungi maklumat berdasarkan dalil yang sahih menunjukkan bahawa golongan Syiah Imamiyah adalah golongan yang sangat bahaya kepada aqidah, syariat, akhlak, ummah dan negara. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya daripada galeria.blogspot.com. Selamat membaca. Wa allahu a’lam.
Buku ini mengandungi maklumat berdasarkan dalil yang sahih menunjukkan bahawa golongan Syiah Imamiyah adalah golongan yang sangat bahaya kepada aqidah, syariat, akhlak, ummah dan negara. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya daripada galeria.blogspot.com. Selamat membaca. Wa allahu a’lam.
Monday, 23 May 2011
SYIAH – PENGKHIANATAN SEPANJANG ZAMAN
Kita sering mendengar terdapat usaha-usaha untuk merapatkan jurang perbezaan antara ahli Sunnah wal Jamaah dengan pengikut-pengikut Syiah. Ini timbul dari pemikiran bahawa umat Islam hendaklah bersatu dan janganlah berpecah belah dan terpancar sinar kemurnian hasrat tersebut. Barangkali ada kalangan umat Islam yang tidak ambil peduli langsung terhadap permasalahan ini bahkan tidak keterlaluan bahawa mereka tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu. Justeru maka berlakulah fenomena sebagaimana cerita ‘the boiling frog’ yakni satu cerita perumpamaan di mana seekor katak direbus secara perlahan-lahan. Premisnya adalah sekira katak tersebut diletak dalam bekas air panas, ia akan segera melompat keluar. Tetapi sekiranya diletak dalam bekas yang diisi air sejuk dan dipanaskan secara perlahan-lahan, katak tersebut tidak menjangkakan bahaya sehinggalah akhirnya katak tersebut mati direbus hidup-hidup. Cerita ini boleh digunakan sebagai ‘metaphor’ di mana berlaku ketidakupayaan individu untuk memberi reaksi terhadap perubahan yang signifikan yang berlaku secara terancang. Justeru adalah wajar bagi kita mengenali siapakah Syiah? Apakah masalah utama golongan Syiah ini? Apakah bahaya yang dibawa oleh ajaran Syiah? Apakah ajaran Syiah menepati risalah tauhid yang dibawa oleh Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam? Selepas tahu hakikat ini, insyaAllah kita TIDAK LAGI AKAN BERKATA “Buat apa la, dok kelahi dengan Syiah, kan depa pun orang Islam” atau “Syiah Iran inilah merupakan satu-satunya negara Islam yang lantang dan berani mencabar kekuasaan adi jagat atau polis dunia iaitu Amerika Syarikat manakala negara-negara Islam yang lain begitu pengecut dan hanya mengikut telunjuk Amerika Syarikat” atau “ Syiah ni bagus sebab sayang sangat kepada ahlul bait dan paling best dapat nikah mutaah”.
Sebagai mukaddimah tentang Syiah, saya ingin mengutarakan perbezaan di antara ahli Sunnah wal Jamaah dengan Syiah dari sudut aqidah. Ini penting kerana terdapat penyelewengan aqidah yang jelas dalam Syiah. Aspek penyelewengan ini adalah terlalu panjang sehingga dapat dijadikan satu topik yang tersendiri, namun dalam ruang yang terhad ini ringkasan penyelewengan Syiah adalah seperti:
a. Mengagungkan Saidina Ali R.A dan Ahlul Bait. Abdullah bin Sabaq adalah seorang Yahudi yang merupakan pengasas Syiah, telah menganjurkan satu taktik memusnahkan agama Islam dengan memberi sokongan yang melampaui batas. Sedangkan di masa hayat Saidina Ali R.A sendiri, beliau mengkafirkan Abdullah bin Sabaq dan dihalau keluar dari Madinah. Namun dakyah Abdullah bin Sabaq telah berjaya di Iraq dan Iran lantas munculnya fahaman Syiah yang berkembang biak terutama selepas pemerintahan empat khulafah arrasyidin yang bersifat gunting dalam lipatan dan sokong membawa rebah serta membawa agenda jahat untuk memusnahkan Islam. Mereka lantang mengkafirkan Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umar R.A, Saidina Uthman R.A dan hatta isteri-isteri Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam sendiri yakni Umurulmukminin Saidatina Aisyah R.A dan Saidatina Habsyah R.A. Natijahnya adalah sahabat-sahabat tersebut merupakan pengumpul naskhah alQuran manakala Umurulmukminin Saidatina Aisyah R.A adalah merupakan sumber hadith. Inilah jarum-jarum halus bagi menimbulkan keraguan terhadap sahabat-sahabat dan Umurulmukminin dan seterusnya menolak alQuran dan alHadith!
b. Penyelewengan alQuran dan hadith. Antara pencabulan mereka terhadap kitab suci alQuran adalah di mana mereka mencipta alQuran khas secara tersembunyi seperti mengadakan surah al Wilayah dan kitab hadith mereka adalah al Kaafi yang dianggap setaraf dengan Sahih Bukhari di sisi ahli Sunnah wal Jamaah. Jelas mereka adalah anti Quran dan anti hadith yang berasaskan manhaj Salafus Soleh.
c. Konsep Imam 12 sebagai satu rukun kepada Rukun Iman. Menyatakan mertabat imam-imam mereka lebih tinggi daripada mertabat Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam kerana boleh membatalkan syariat.
d. Konsep Taqiyyah. Bahawa seseorang itu menunjukkan sikap yang lain daripada yang terpendam di dalam hatinya kerana bimbang akan ditimpa bala bencana. Bagi ahli Sunnah wal Jamaah, setiap orang Islam tidak boleh menipu sama ada dengan perkataannya atau dengan sikap lahirnya yang nampak dilihat kecuali darurat. Bagi golongan Syiah, tipu mustahak itu adalah satu perkara yang wajib diberi keutamaan sebab Mazhab Syiah tidak dapat ditegakkan melainkan melalui kaedah tipu muslihat.
e. Menghalalkan perzinaan dan pelacuran. Mereka menghalalkan perzinaan dan pelacuran melalui nikah mutaah atau nikah kontrak. Kaedah ini tidak mempunyai konsep pertanggungjawaban kekeluargaan dan menghina golongan wanita yang dijadikan sebagai barang dagangan serta mencacatkan nasab kekeluargaan. Sekiranya masyarakat Barat mengamalkan ‘free sex’ di atas dasar rasional pemikiran tetapi kedurjanaan golongan Syiah adalah kerana mereka menghalalkan perzinaan dan pelacuran atas dasar agama!
Cuba perhatikan apakah persamaan Syiah dengan Yahudi. Pertama, Abdullah bin Sabaq iaitu pelopor Syiah adalah seorang Yahudi. Kedua, Konsep Taqiyyah (menipu) yang diwajibkan adalah mempunyai kaitan dengan agama Judaism. Ketiga, Syiah memulakan revolusi, Perang Siffin dan Revolusi Iran adalah cara-cara atau modus operandi Yahudi.
Sesungguhnya pengkhianatan Syiah mempunyai rentetan sejarah yang sangat panjang sejak awal zaman kewujudan Islam lagi dan berterusan sehingga ke saat ini sebagaimana pergolakan yang berlaku di Timur Tengah sekarang adalah hasil tangan-tangan mereka. Alhamdulillah kerajaan Malaysia telah memahami bahawa Syiah merupakan satu isu keselamatan negara yang wajib dibenteras dari berakar umbi. Namun awas semasa berinteraksi dengan golongan Syiah ini kerana mereka akan tetap mengamalkan Taqiyyah (penipuan). Apa yang pasti ‘Taqiyyah On’ bila golongan Syiah berdepan dengan kita secara mengiyakan ajaran Islam yang difahami kebanyakan orang. Sebaliknya ‘Taqiyyah Off’ bila mereka berada jauh daripada kita dengan mencerca sahabat-sahabat Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam dan bersekongkol dengan Yahudi untuk memusnahkan Islam. InsyaAllah, siri-siri pengkhianatan Syiah akan dibongkarkan pada posting-posting yang akan datang. Wallahu a’lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)


