Sunday, 21 October 2012

KERAJAAN SYIAH IRAN MELARANG KAUM SUNNI BERSOLAT DI UNIVERSITI-UNIVERSITI





Kerajaan Syiah Iran telah mengeluarkan arahan melarang kaum Sunni mengerjakan solat di university-universiti dan kem tentera. Asharq Al-Awsat difahamkan keputusan tersebut adalah dalam rangka untuk memberi tekanan kepada komuniti Sunni di Iran yang telah berlaku sejak beberapa dekad.

Larangan ini telah disahkan oleh sumber-sumber Sunni di Teheran dan dikeluarkan selepas larangan mengerjakan solat Jumaat bagi kaum Sunni di bandar-bandar seperti Isfahan, Shiraz, Kerman, and Yazd.

Sheikh Abdul-Hamid Esmaeel Zahi, pihak berkuasa tertinggi bagi Kaum Sunni di Iran dan imam serta pendakwah di Masjid  Makki,, iaitu masjid Sunni terbesar di Iran yang terletak di Bandaraya Zahedan telah melahirkan rasa dukacita beliau di atas larangan tersebut. Beliau berkata “Kami berasa sangat dukacita kerana terdapat pihak yang melarang solat Jumaat dan mengenakan sekatan ke atasnya. Kumpulan ini mempunyai ideologi yang tergelincir dan mereka sebenarnya mempunyai pandangan yang sempit dan perasaan sensitiviti  yang melampau tentang masjid, sekolah dan dasar tanpa kekerasan puak Sunni.  

Sheikh Zahi mengkritik keputusan tersebut dengan menyatakan perlembagaan Iran tidak menghalang mana-mana kumpulan agama untuk mempraktikkan kepercayaan mereka tidak kira daripada mana-mana fahaman. Beliau menambah “Sepatutnya tiada larangan untuk solat, malah setiap individu perlu diajak untuk mengerjakan solat, dan kami berharap agar kaum Sunni dan Syiah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kewajipan ini, iaitu rukun Islam yang kedua penting selepas kepercayaan terhadap Allah Yang Satu.

Sheikh Zahi menyifatkan halangan kerajaan terhadap pembinaan masjid, sekolah dan pusat ugama bagi komuniti Sunni Iran adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip Kerajaan Islam Iran. Beliau menyatakan,”Terdapat perkampungan yang majoritinya didiami penduduk Sunni dan hanya terdapat sebuah keluarga Syiah, dan kerajaan telah membina sebuah masjid Syiah. Walau bagaimanapun masalahnya adalah mereka tidak membenarkan kami membina masjid atau sekolah ugama di bandar-bandar besar yang terdapat jumlah komuniti Sunni yang ramai”

Beliau selanjutnya berkata pegawai-pegawai yang menentang orang-orang Sunni solat di universiti tidak mempunyai agama dan tidak mempunyai pengetahuan tentang Allah. Sheikh Zahi berkata orang yang membenci untuk solat di belakang atau di samping seseorang daripada mazhab yang berbeza adalah menunjukkan tanda-tanda kejahilan melampau.

Sheikh Zahi berkata “ Saya mengajak pihak berkuasa dan Pemimpin Agung untuk membenarkan kebebasan untuk bersolat di mana saja, sekurang-kurangnya sebagaimana hak yang diberikan kepada kami dalam perlembagaan, iaitu kebebasan melaksanakan solat berjemaah dan solat Jumaat.

Beliau menegaskan bahawa kebimbangan yang paling penting untuk komuniti Sunni di Iran adalah isu perundangan, dengan berkata "kita tidak berasa terdapat masalah dengan hal perlembagaan, walau bagaimanapun terdapat kezaliman oleh beberapa puak pelampau di beberapa kawasan yang terdapat kumpulan minoriti orang-orang Sunni dan ini adalah sesuatu yang membimbangkan kita. "
Sheikh Zahi menambah, "wakil Pemimpin Agung telah mengharamkan komuniti Sunni menunaikan solat Jumaat di beberapa bandar Iran, walaupun masyarakat Sunni di bandar ini adalah minoriti namun mahu untuk melaksanakan solat Jumaat tetapi wakil Pemimpin Agung menolak dengan berkata “biarkan mereka mengikuti contoh saya [solat dengan cara Syiah] dalam solat mereka”.
 
Sheikh Zahi telah mengecam amalan negatif itu dan mempersoalkan apakah undang-undang negara atau Islam yang boleh mengambil hak-hak orang-orang Sunni Muslim untuk melaksanakan solat Jumaat di mana-mana kawasan di negara ini?

*Alihbahasa daripada laporan akhbar berbahasa Arab, Asharq Al-Awsat oleh Khaled Mahmoud di Kaherah pada 28 Apr 2010.

Sunday, 14 October 2012

TANYAKAN KEPADA GOLONGAN KHAWARIJ, SYIAH, MUKTAZILAH, KULLABIYAH, AL-ASYA'IRAH, QADARIYAH, JABBARIYYAH DAN SELURUH PEMBAWA AJARAN SESAT






Kepada golongan Khawarij yang mencela pemerintah, golongan Syiah yang  bertuhankan Saidina Ali Radiyallahu anhu, golongan Ahbash yang mengatakan  Allah Subhanahu Wataala ada di mana-mana, golongan  Muktazilah, Kullabiyah dan al-Asya'irah yang menolak Sifat-sifat Allah Subhanahu Wataala, golongan Qadariyah yang menolak Qadar dan golongan Jabbariyyah yang menolak usaha manusia serta semua pembawa ajaran sesat dan menyimpang boleh dibantah dengan ucapan dengan ditanyakan kepada mereka:

1.         Adakah apa yang kamu turuti dan ajarkan ini adalah apa yang didakwahkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam?

2. Adakah apa yang kamu turuti dan ajarkan ini adalah apa yang didakwahkan oleh Abu Bakar As-Siddiq Radiyallahu anhu?

3.         Adakah apa yang kamu turuti dan ajarkan ini adalah apa yang didakwahkan oleh Umar al-Khattab Radiyallahu anhu?

4.         Adakah apa yang kamu turuti dan ajarkan ini adalah apa yang didakwahkan oleh Uthman bin Affan Radiyallahu anhu?

5.         Adakah apa yang kamu turuti dan ajarkan ini adalah apa yang didakwahkan oleh Ali bin Abi Talib Radiyallahu anhu?

Sekiranya semua jawapannya TIDAK, atau pun sekurang-kurangnya dijawab dengan TIDAK TAHU. Maka tanyakan, jadi mengapakah itu yang kamu ikut dan dakwahkan kepada orang lain?

Kaedah ini digunapakai oleh Imam Ahmad Rahimahullah semasa berdebat dengan Ibnu Abu Dawood (tokoh Muktazilah),  Penasihat Agama Khalifah Muktasim.  Ibnu Abu Dawood telah diusir dan dibuang negeri kerana gagal menjawab soalan-soalan Imam Ahmad di atas. Kisah yang menarik. Semoga ada manfaatnya. InsyaAllah. Barakallahufeekum. Wallahu a'lam.

Saturday, 6 October 2012

KAEDAH MENGANGKAT TANGAN KETIKA BERDOA



Mengangkat kedua tangan adalah salah satu sebab termakbulnya doa. Sebagaimana sabda Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam:
إِنَّ رَبَّكُمْ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا

"(Sesungguhnya Tuhan kamu pemalu lagi pemurah, Dia malu terhadap hambanya sekiranya si hamba itu mengangkatkan kedua tangannya lalu dikembalikan keduanya dengan tangan kosong)" (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Disahihkan oleh Syeikh Al-Albani).
Walau bagaimanapun, mengangkat tangan ketika berdoa terdapat tiga keadaan:
Pertama: Terdapat nas menuntut supaya mengangkat kedua tangan.
Seperti:

1. Ketika doa meminta hujan (Istisqaa’) sebagaimana dalam hadis Bukhari dan Muslim.
2. Ketika doa Qunut Nazilah (ditimpa bala) atau doa Qunut dalam solat sama ada sebelum ruku’ atau selepas ruku’.
3. Ketika di Safa dan Marwah.
4. Ketika di Arafah.
Kedua: Terdapat nas supaya tidak mengangkat tangan.
Seperti:

1. Ketika khutbah Jumaat.
2. Ketika dalam solat dalam keadaan sujud atau selepas tasyahhud.
Dituntut supaya tidak mengangkat tangan walaupun tiada nas yang menyokongnya secara spesifik. Seperti amalan mengangkat tangan ketika berdoa di antara dua khutbah Jumaat dan selepas solat sebagaimana dipraktikkan di kebanyakan tempat. Sekiranya Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam  atau para Sahabat Radhiallahuanhu Ajmain melaksanakan amalan ini pasti telah dinukilkan kepada kita.
Ketiga: Tidak ada nas yang menuntut supaya mengangkat tangan atau menafikannya.
Dalam keadaan ini terpulang sama ada untuk mengangkat atau tidak. Tetapi afdalnya adalah mengangkat tangan berdasarkan hadis Abu Daud dan Tirmizi di atas.
Tentang mengangkat tangan dengan tinggi melebihi wajah; telah sabit ketika meminta hujan Baginda mengangkat kedua tangannya sampai nampak kedua ketiak Baginda. Sebagaimana hadis:
وَعَنْ أَنَسٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِي شَيْءٍ مِنْ دُعَائِهِ إِلَّا فِي الِاسْتِسْقَاءِ فَإِنَّهُ يَرْفَعُ حَتَّى يرى بَيَاض إبطَيْهِ

"(Daripada Anas, bahawasanya Nabi tidak mengangkat tangannya dalam doanya kecuali ketika meminta hujan di mana Baginda mengangkat keduanya sehingga nampak keputihan kedua ketiaknya)" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Syeikh Uthaimin melihat bahawa lebih tinggi harapan seseorang itu dalam doanya maka lebih tinggilah dia mengangkat kedua tangannya.

Rujukan: (Syarah Hadis 40 Karangan Imam Al-Nawawi oleh Syeikh Uthaimin)

Wallau a’lam.

Penerangan oleh Ustaz Idris bin Sulaiman

Monday, 13 August 2012

CIRI-CIRI NIKAH MUT’AH DI SISI SYIAH RAFIDHAH – BAHAGIAN 3

Betapa keji dan kotor gambaran nikah mut'ah ala Syi'ah Rafidhah;
1. Akad nikah
Di dalam Al Furu' Minal Kafi 5/455 karya Al-Kulaini, dia menyatakan bahwa Ja'far Ash-Shadiq pernah ditanya seseorang: "Apa yang aku katakan kepada dia (wanita yang akan dinikahi) bila aku telah berduaan dengannya?" Maka beliau menjawab: "Engkau katakan: Aku menikahimu secara mut'ah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah NabiNya, namun engkau tidak mendapatkan warisan dariku dan tidak pula memberikan warisan apapun kepadaku selama sehari atau setahun dengan upah senilai dirham demikian dan demikian." Engkau sebutkan jumlah upah yang telah disepakati baik sedikit mahupun banyak." Apabila wanita tersebut mengatakan: "Ya" berarti dia telah redha dan halal bagi si lelaki untuk menggaulinya. (Al-Mut'ah Wa Atsaruha Fil-Ishlahil Ijtima'i hal. 28-29 dan 31)
2. Tanpa disertai wali si wanita
Sebagaimana Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Tidak apa-apa menikahi seorang wanita yang masih perawan bila dia redha walaupun tanpa ijin kedua orang tuanya." (Tahdzibul Ahkam 7/254)
3. Tanpa disertai saksi (Al-Furu' Minal Kafi 5/249)
4. Seseorang lelaki boleh menikah mut'ah dengan:
- wanita Majusi. (Tahdzibul Ahkam 7/254)
- wanita Nashara dan Yahudi. (Kitabu Syara'i'il Islam hal. 184)
- wanita pelacur. (Tahdzibul Ahkam 7/253)
- wanita penzina. (Tahriirul Wasilah hal. 292 karya Al-Khumaini)
- wanita sepersusuan. (Tahriirul Wasilah 2/241 karya Al-Khumaini)
- wanita yang telah bersuami. (Tahdzibul Ahkam 7/253)
- isterinya sendiri atau budak wanitanya yang telah digauli. (Al-Ibtishar 3/144)
- wanita Hasyimiyah atau Ahlul Bait. (Tahdzibul Ahkam 7/272)
- Sesama lelaki yang dikenali sebagai homoseks. (Lillahi... Tsumma Lit-Tarikh hal. 54)

Wallahhu aqlam
*Dari sumber - Membongkar kesesatan Syi'ah : Nikah Mut'ah, Senin, 04 April 2005 - 08:17:27 :: kategori Firqoh-firqoh Penulis: Buletin Islam Al Ilmu Edisi 33/IV/II/1426H

Sunday, 5 August 2012

NIKAH MUT’AH DI SISI SYIAH RAFIDHAH – BAHAGIAN 2
Kebatilan dan kepalsuan kaum Syi'ah Rafidhah dalam menghalalkan nikah mut'ah dapat dibahagikan kepada tiga aspek kekejian;
Pertama, kitab-kitab yang telah telah dinukilkan oleh ulama-ulama Syiah seperti Ash-Shaduq di dalam kitab Man Laa Yahdhuruhul Faqih, dari Ash-Shadiq berkata: "Sesungguhnya nikah mut'ah itu adalah agamaku dan agama pendahuluku. Barangsiapa mengamalkannya maka dia telah mengamalkan agama kami. Sedangkan barangsiapa mengingkarinya maka dia telah mengingkari agama kami dan meyakini selain agama kami." Dalam halaman yang sama, Ash-Shaduq mengatakan bahwa Abu Abdillah pernah ditanya: "Apakah nikah mut'ah itu memiliki pahala?" Maka beliau menjawab: "Bila dia mengharapkan wajah Allah (ikhlas), maka tidaklah dia membicarakan keutamaan nikah tersebut kecuali Allah tulis baginya satu kebaikan. Apabila dia mulai mendekatinya maka Allah ampuni dosanya. Apabila dia telah mandi (dari berjimak setelah nikah mut'ah) maka Allah ampuni dosanya sebanyak air yang mengalir pada rambutnya."
Kedua, secara tidak langsung ulama-ulama Syiah telah mendakwa mereka mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan imam-imam mereka sendiri.  As-Sayyid Fathullah Al Kasyaani di dalam Tafsir Manhajish Shadiqiin 2/493 memperkecilkan kedudukan para imam mereka sendiri ketika berdusta atas nama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, bahawa Baginda bersabda: "Barangsiapa melakukan nikah mut'ah satu kali maka darjatnya seperti Al-Husain, barangsiapa melakukannya dua kali maka darjatnya seperti Al-Hasan, barangsiapa melakukannya tiga kali maka darjatnya seperti Ali Radhiyallahu Anhu, dan barangsiapa melakukannya sebanyak empat kali maka darjatnya seperti aku."
Ketiga, nukilan di atas adalah satu pendustaan yang dinisbahkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dalam menegakkan hujjah batil mereka.
Apa yang nyata adalah ulama-ulama Syiah begitu terserlah kesesatan mereka dengan menonjolkan hadith-hadith palsu dan yang tidak ada usul. Pendustaan yang terbesar adalah mengaitkan kemaksiatan mereka secara bersandarkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dan Imam Jaafar as Saddiq.
Wallahu ‘Aqlam

*Dari sumber - Membongkar kesesatan Syi'ah : Nikah Mut'ah, Senin, 04 April 2005 - 08:17:27 :: kategori Firqoh-firqoh Penulis: Buletin Islam Al Ilmu Edisi 33/IV/II/1426H

Saturday, 28 July 2012

NIKAH MUT’AH DI SISI SYIAH RAFIDHAH – BAHAGIAN 1

Bagi kaum muslimin pernikahan yang sah menurut syariat Islam adalah merupakan jalan untuk menjaga kesucian diri dan nasab mereka dalam persoalan hubungan seks. Namun bagi puak  Syi'ah Rafidhah, perzinaan memiliki kedudukan tersendiri di dalam kehidupan masyarakat mereka. Bagaimana tidak, perzinaan telah dihalalkan dengan alasan agama iaitu secara nikah mut'ah. Sudah tentu saja mereka tidak redha kalau nikah mut'ah disamakan dengan perzinaan yang memang benar-benar diharamkan Allah Azza wa Jalla dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Tetapi inilah pada hakikatnya di sebalik nikah mut'ah ala Syi'ah Rafidhah.
Nikah mut'ah adalah sebuah bentuk pernikahan yang tertakluk kepada perjanjian waktu dan upah tertentu tanpa memerlukan kepada wali dan saksi. Perceraian akan terjadi setelah tamat tempoh waktu dan tidak terikat dengan hukum perceraian dan warisan. (Syarh Sahih Muslim hadith no. 1404 karya An-Nawawi dengan beberapa tambahan)
Nikah mut'ah diperbolehkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pada zaman permulaan penyebaran agama Islam sebagaimana hadith riwayat Jabir bin Abdillah Radhiyallahu Anhu dan Salamah bin Al-Akwa' Radhiyallahu Anhu "Bahwa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah menemui kami kemudian mengizinkan kami untuk melakukan nikah mut'ah." (HR. Muslim)
Al-Imam Al-Muzani rahimahullah berkata: "Telah sah bahwa nikah mut'ah dulu pernah diperbolehkan pada awal-awal Islam. Kemudian datang hadith-hadith yang sahih bahwa nikah tersebut tidak diperbolehkan lagi. Kesepakatan ulama telah menyatakan keharaman nikah tersebut." (Syarh Sahih Muslim hadith no. 1404 karya An-Nawawi)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya aku dulu pernah mengizinkan kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Namun sekarang Allah Azza Wa Jalla telah mengharamkan nikah tersebut sampai hari kiamat." (HR. Muslim)
Adapun nikah mut'ah yang pernah dilakukan beberapa sahabat di zaman kekhalifahan Abu Bakr Radhiyallahu Anhu dan Umar Radhiyallahu Anhu, maka hal itu disebabkan mereka belum mendengar berita tentang diharamkannya nikah mut'ah selama-lamanya. (Syarh Sahih Muslim hadith no. 1405 karya An-Nawawi).
Dalam beberapa riwayat yang sah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, gambaran nikah mut'ah yang pernah dilakukan para sahabat Radhiyallahu Anhum dapat diperincikan seperti berikut:
1. Dilakukan pada saat mengadakan safar (perjalanan) yang berat seperti perang, bukan ketika seseorang menetap pada suatu tempat. (HR. Muslim hadith no. 1404).
2. Tidak ada isteri atau hamba wanita yang ikut serta dalam perjalanan tersebut. (HR. Bukhari no. 5116 dan Muslim no. 1404).
3. Jangka waktu nikah mut'ah hanya 3 hari saja. (HR. Bukhari no. 5119 dan Muslim no. 1405).
4. Keadaan para pasukan sangat darurat untuk melakukan nikah tersebut sebagaimana terdesaknya seorang muslim memakan bangkai, darah dan daging babi untuk terus hidup. (HR. Muslim no. 1406).

*Dari sumber - Membongkar kesesatan Syi'ah : Nikah Mut'ah, Senin, 04 April 2005 - 08:17:27 :: kategori Firqoh-firqoh Penulis: Buletin Islam Al Ilmu Edisi 33/IV/II/1426H



Friday, 23 March 2012

BLOGGER, DUNIA SIBER DAN MUFLIS AKHIRAT

Ledakan kecanggihan teknologi maklumat pada hari ini menyaksikan penyebaran maklumat tanpa sempadan dan mampu merentasi ke seluruh pelusuk benua secara pantas serta memungkinkan segala berita dikongsi oleh lebih ramai orang. Pelbagai bentuk maklumat yang disebarkan melalui media cetak dan media elektronik akan memberi impak yang positif kepada masyarakat sekiranya memberi manfaat dan begitulah sebaliknya. Keghairahan masyarakat berkomunikasi di alam maya menyaksikan percambahan laman-laman sosial ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai yang ingin berbicara dan mahu dikenali sebagai penulis, wartawan, blogger, pengkritik sosial atau pembela masyarakat atas alasan hak-hak demokrasi. Lazimnya isu-isu sosial adalah menjadi mauduk pembicaraan di kalangan mereka yang merupakan kumpulan utama pengguna laman sosial. Kebebasan penyebaran maklumat di hujung jari yang telah disalahguna menyebabkan penyebaran maklumat secara tidak beretika tanpa mempedulikan dosa dan pahala. Medan laman sosial menjadi ruang penyebaran fitnah seluas-luasnya terutama dalam pembicaraan tentang politik. Bahasa kesat, lucah, maki hamun tidak lekang dalam gaya penulisan mereka. Tidak sedikit daripada mereka yang mendapat upah untuk menyelongkar kisah peribadi seseorang individu, membuka aib sesama teman seagama dan menyerang peribadi seteru mereka di khalayak ramai. Mereka hilang asas pertimbangan kerana menuruti hawa nafsu  dan bagi mendapat sedikit habuan dunia.

Sabda Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam: “Tahukah kamu siapakah itu orang yang muflis?” Para sahabat menjawab, “Orang yang muflis ialah orang yang tidak ada dirham atau tidak ada harta benda”. Sabda Baginda: “Sesungguhnya yang muflis daripada umatku, dia akan datang pada hari Kiamat dengan solat, puasa dan zakat. Dan dia datang dengan dosanya mengutuk sifulan, dan dosa dia menuduh sifulan berzina, dan dosa dia telah makan harta sifulan, dan dia telah menumpahkan darah sifulan, dan dia telah memukul sifulan. Maka diberikan kepada fulan-fulan yang dia zalimi daripada kebaikannya. Jika habis kebaikannya sebelum diselesaikan segala kezalimannya, maka diambil daripada kesalahan-kesalahan orang yang dizaliminya dan dicampakkan ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke neraka” (Riwayat Muslim, No: 2581)

Dalam blog ada kutuk, kutuk rapat tak pernah lihat...
Dalam blog ada fitnah, fitnah liwat tak pernah lihat...                                           
Dalam blog tuduh bunuh, tuduh bunuh tak pernah lihat... 
Dalam blog kata rasuah, kata  rasuah tak pernah lihat....
Dalam blog macam-macam ada...
Dalam blog macam-macam ada yang bisa menjadikan blogger muflis akhirat.

Sesungguhnya pembentukan sebuah blog bukanlah satu lesen untuk menyebarkan fitnah dan gossip. Takutilah muflis akhirat dek kerana pena yang tidak bermata.